Pesta Buku Alternatif – Kota Bharu Hok Kito (25-27 Februari 2016)

Kota Bharu Hok Kito!Berita baik buat warga Kota Bahru Kelantan,

Kota Bharu Literary Fest dan Pesta Buku Alternatif bakal diadakan pada 25-27 Februari 2016 di KB Mall, Kota Bahru, Kelantan.

Ia merupakan anjuran penggiat buku alternatif tempatan iaitu DuBook Press dan Puteh Press dan mendapat sokongan hebat daripada syarikat buku Syarikat Muda Osman Bookstores (SMO Bookstores).

Acara yang julung kali diadakan ini dinamakan Kota Bharu Hok Kito bersempena lokasi acara ini yang diadakan di Kota Bharu.

Objektif utama pesta buku seumpama ini dianjurkan untuk memberi ruang kepada pengiat seni dan penulis buku menyebarkan kesenian mereka di Kota Seni ini.

Pesta buku ini juga adalah kerjasama antara 16 penggiat buku alternatif lain seperti :-

  • NuBook Press,
  • Sindiket Sol-Jah,
  • Studio Anai Anai,
  • Lejen Press,
  • Selut Press,
  • FIXI,
  • Rabak-Lit,
  • Kidal,
  • Merpati Jingga,
  • Puja Buku,
  • Terfaktab Media,
  • Thukul Cetak,
  • Legasi Oakheart Sorok Kitab,
  • Simptomatik Press,
  • Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Selain itu, pesta buku ini juga mendapat sokongan padu daripada My Creative dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Bagi Kota Bharu Hok Kito ini, pihak penganjur akan membawakan ikon penggiat buku alternatif terkenal antaranya Mutalib Uthman, Aloy Paradoks, Sinaganaga, Aisa Linglung, Syazrul Aqram, dan Hamka Kereta Mayat.

Kota Bharu Hok Kito!Temui ikon penggiat buku alternatif di KB Lit Fest & Pesta Buku Alternatif pads 25-27 Februari 2016 di KB Mall, Kota Bahru, Kelantan.

Posted by BroFramestone In D' House on Thursday, January 21, 2016

Artis tempatan terkenal seperti Hafiz Hamidun juga turut hadir bagi memeriahkan lagi acara ini di samping penghibur tempatan popular di Kota Bharu iaitu KB Busker dan Dikit Barat Jen Endoro.

Selain berpeluang bertemu penggiat buku secara eksklusif, para pengunjung juga berpeluang bagi mendapatkan judul-judul terbaru yang diterbitkan sebagai santapan minda dari sudut pandangan yang baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15,121,068 total views, 3,599 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

2 responses to “Pesta Buku Alternatif – Kota Bharu Hok Kito (25-27 Februari 2016)”

  1. titana says:

    jauh benar kalau kat kelantan.

    tak larat aku nak ulang alik pi sana.

  2. Cik Ash says:

    kalau ada di kelantan harus sampai ni

Leave a Reply

CommentLuv badge