April 18, 2024

Koleksi Jubah Moden Trend Fesyen Muslimah di Malaysia

Zalora - Jubah Moden
Fesyen Muslimah mula mendapat tempat dikalangan wanita di negara kita dimana ianya menjadi pilihan untuk diperagakan sama ada dalam majlis formal mahupun tidak formal.

Rekaan diperkinikan bagi memberi nafas baru supaya ianya sesuai dipakai bila-bila masa dan dimana juga.

Dipersuaikan dengan aktiviti yang ingin dilakukan.

Nur Shila ZaloraJika dahulu rekaan jubah yang juga dikenali sebagai abaya merupakan pakaian tradisional wanita Timur Tengah yang mempunyai potongan loose dan straight serta pada kebiasannya berwarna hitam.

Fenomena abaya ini sebenarnya telah lama meresap masuk ke dalam negara kita dan ia sering dipakai oleh kaum wanita ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan seumpamanya.

Namun, dengan perkembangan fesyen Muslimah yang amat pesat di negara kita, fesyen jubah terkini diberikan sentuhan moden yang cukup menarik.

Kini, anda boleh dapati bahawa koleksi jubah moden bukan sahaja dipakai untuk menghadiri acara keagamaan sahaja, malah ia turut digayakan untuk ke majlis-majlis istimewa yang lain termasuklah ke pejabat.

Qish Qish Butik ZaloraSecara amnya, potongan jubah terdahulu dan kini tidak jauh berbeza.

Cuma, apa yang membezakan fesyen jubah terkini dengan yang terdahulu adalah dengan penambahan perincian pada bahagian tertentu seperti pada bahagian lengan jubah, bahu dan seumpamanya.

Kini, terdapat juga koleksi jubah moden yang dipakai bersama belt dan jacket.

Selain itu, fesyen jubah terkini juga banyak direka dengan menggunakan fabrik yang berwarna selain hitam.

Berbeza dengan koleksi jubah terdahulu yang rata-rata hanya boleh ditemui dalam pilihan warna hitam atau warna gelap yang lain.

Bukan itu sahaja, terdapat juga koleksi jubah yang direka dengan penggunaan fabrik yang bercorak.

Maka, koleksi jubah terkini yang mana menjadi pilihan anda?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Koleksi Jubah Moden Trend Fesyen Muslimah di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *