Azwan Ali Bakal Disaman Kutuk Iklan Kicap Tirana Di Instagram

Kes Saman Azwan Ali Kicap Tirana
Kerana memuat naik video dengan kapsyen berunsur fitnah beserta kata-kata yang mampu memburukan imej produk dan syarikat, Azwan Ali bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Ini dinyatakan sendiri oleh Dr Hilmi Murad Mohamed, pemilik Tirana Products Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar kicap yang mendakwa Azwan mengeluarkan kenyataan dan video yang bersifat fitnah terhadap produk syarikat tersebut di laman sosial miliknya.

Kredit gambar : www.freemalaysiatoday.com

Pihak Tirana Products Sdn Bhd bertindak mengeluarkan surat tuntutan kenyataan-kenyataan fitnah dan tidak benar yang telah dilemparkan ke atas produk syarikat tersebut iaitu Kicap Tirana.

Surat tersebut telah pun diberikan kepada pihak Mohamed Azwan bin Ali bertarikh 13 Januari lalu yang diwakili oleh peguam Adnan Bin Seman @ Abdullah.

Antara lain, syarikat ini berhasrat agar selebriti tersebut menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar ke atas kicap perusahaan syarikat mereka, Tirana Product Sdn Bhd.

Tindakan Azwan mampu memberi impak buruk kepada syarikat dan berharap beliau dapat mengambil langkah untuk menjernihkan kembali keadaan.

Iklan Komersial Kicap Tirana

Bicara Bro : Bro syak beliau jeles kot, Aznil banyak dapat job berbanding dia he…23x

Tak kisah nak buat parody atau nak melawak. Biar bertempat dan guna bahasa yang molek sikit. Selebriti perlu tunjuk contoh yang baik. Kalau idak, pak nil je la dapat banyak job.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14,953,526 total views, 19,616 views today

Travel, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia. Ex-Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

8 responses to “Azwan Ali Bakal Disaman Kutuk Iklan Kicap Tirana Di Instagram”

  1. itulah padahnya bila terlanjur kata.. harap ini pengajaran buat dia.. huhu

  2. kerana mulut badan binasa

  3. harap beliau diberikan hidayah nanti

  4. Alia says:

    amboi..eye liner dia xleh blah

  5. Ada-ada je la dia ni. Tak boleh duduk diam tanpa kontroversi betul lagaknya đŸ˜€

  6. Mungkin kes iri hati ke Pak Nil kot sampai dia sanggup cakap macam-macam kan

  7. zik says:

    harap diva AA lebih rasional dan berfikir panjang.. buat permohonana minta maaf secara terbuka.. jangan dipanjangkan isu seperti ini.. harap maklum..

  8. Cik Ash says:

    selalu awan ali buat hal hihihi…

Leave a Reply

CommentLuv badge