Setia Alam Lokasi Pilihan #DigiWeWant4G
Digi telah melancarkan kempen di twitter, #DigiweWant4G bagi mengumpulkan hashtag lokasi yang terbanyak dimana pihak Digi akan membina menara pemancar 4G Digi di tempat tersebut.

Setia Alam, menjadi tempat pertama dipilih untuk kempen #DigiWeWant4G ini bersama 9 lokasi yang lain.

Kempen twitter #DigiWeWant4G ini berjalan selama sebulan, dan berakhir pada 15 Disember 2015.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, pelanggan Digi boleh mengundi untuk lokasi seterusnya untuk memiliki rangkaian 4G LTE dengan melakukan undian melalui Twitter dengan menyertakan hashtag #DigiWeWant4G.

10 lokasi yang paling banyak ditweet bersama #DigiWeWant4G, dan akan dibina menara pemancar 4G Digi adalah:

  1. Jejawi, Perlis
  2. Arau, Perlis
  3. Lunas, Kedah
  4. Batu Gajah, Perak
  5. Setia Alam, Selangor
  6. Simpang Renggam, Johor
  7. Tenom, Sabah
  8. Papar, Sabah
  9. Limbang, Sarawak
  10. Bau, Sarawak

Untuk maklumat lanjut tentang capaian rangkaian 4G LTE Digi di Malaysia, layari laman web digi.my/4GLTE