March 29, 2024

Pentingnya Pengurusan Sisa Pepejal Dari Rumah

Lori Sampah Alam Flora
Mungkin selama ini, anda tidak menyedari betapa pentingnya pengurusan sisi pepejal aka sampah dari rumah.

Bagi sesetengah orang, sampah adalah sampah.

Masuk dalam plastik sampah, then letak depan rumah, tunggu lori sampah datang kutip tiap-tiap minggu.

Adakah anda juga tergolongan dalam golongan ini? Atau anda merupakan warga negara yang bijak menguruskan sisi pepejal di rumah anda?

Alhamdulillah,

Bro sekeluarga memang di didik dari kecil untuk asingkan sisi pepejal di rumah.

Malangnya hanya botol kaca, plastik dan tin sahaja kami asingkan. Itu pun sebab nak jual. Kadangkala sisa pepejal yang basah dan kering kami satukan.

Mungkin waktu itu, kami kurang kesedaran betapa pentingnya pengurusan sisa pepejal. Bagi kami, cukuplah sekadar mengasingkan botol kaca, plastik dan tin itu sudah memadai.

Sisa Kitar Semula

Sekiranya, anda seorang warga negara yang prihatin.

Apa kata mulai hari ini, anda mula mengasingkan sisa pepejal di kediaman anda mengikut kategori. Kemudian letak di tepi tong sampah anda bagi memudahkan pihak bandaraya menguruskan sisa pepejal anda.

Mudah bukan.

Tak salah memudahkan urusan orang lain, dalam masa yang sama ianya memberi faedah kepada generasi anda akan datang.

Pengurusan Sampah Pepejal Dari Rumah

Pastikan sampah yang anda kumpul tadi, diikat dan bukannya dibiarkan ianya terbuka.

Sia-sia jika anda asingkan, tetapi akhirnya terabur begitu sahaja dek sikap anda yang malas /tidak ingin mengikat plastik sampah sebelum ianya dibuang.

Tau tak apa kesannya sekiranya, anda tidak menguruskan sampah dengan sempurna?

Pengurusan Sampah Pepejal Dari Rumah

Nampak tak?

Sekiranya sampah anda tidak diuruskan dengan sempurna, ianya bakal menyukarkan pihak pembandaran ataupun pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan sisa buangan dari anda setiap minggu.

Bicara Bro : Pernah terfikir tak, ke mana sisa pepejal dari rumah kita dilupuskan? Ke memang ianya tidak dapat dilupuskan?

Seeloknya, asingkan sampah mengikut kategori dan ianya diikat sempurna.

Ianya bukan sahaja akan memudahkan proses untuk kitar semula bahkan proses menjadikan sisa pepejal ini ditukarkan kepada tenaga yang boleh kita gunakan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Pentingnya Pengurusan Sisa Pepejal Dari Rumah

  1. Ramai yang yang tidak sedar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikuatkuasa pada 1 Sept 2015. Bagi yang tidak mengasingkan sisa sampah dan sisa kitar semula boleh diambil tindakan.

    Apa yang penting adalah kesedaran kita mengambil sikap bertanggungjawab untuk meninggalkan sesuatu yang berharga kepada generasi akan datang terutama kesan rumah hijau.

    1. Xsemua benda kita kena mulakan dari sekolah, ada juga benda yang kita kena mulakan dari rumah. Baru ianya berjalan, kalau tidak…. kereta cikgu pula yang bercalar.

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *