17,145,038 total views, 427 views today

Pentingnya Pengurusan Sisa Pepejal Dari Rumah

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Lori Sampah Alam Flora
Mungkin selama ini, anda tidak menyedari betapa pentingnya pengurusan sisi pepejal aka sampah dari rumah.

Bagi sesetengah orang, sampah adalah sampah.

Masuk dalam plastik sampah, then letak depan rumah, tunggu lori sampah datang kutip tiap-tiap minggu.

Adakah anda juga tergolongan dalam golongan ini? Atau anda merupakan warga negara yang bijak menguruskan sisi pepejal di rumah anda?

Alhamdulillah,

Bro sekeluarga memang di didik dari kecil untuk asingkan sisi pepejal di rumah.

Malangnya hanya botol kaca, plastik dan tin sahaja kami asingkan. Itu pun sebab nak jual. Kadangkala sisa pepejal yang basah dan kering kami satukan.

Mungkin waktu itu, kami kurang kesedaran betapa pentingnya pengurusan sisa pepejal. Bagi kami, cukuplah sekadar mengasingkan botol kaca, plastik dan tin itu sudah memadai.

Sisa Kitar Semula

Sekiranya, anda seorang warga negara yang prihatin.

Apa kata mulai hari ini, anda mula mengasingkan sisa pepejal di kediaman anda mengikut kategori. Kemudian letak di tepi tong sampah anda bagi memudahkan pihak bandaraya menguruskan sisa pepejal anda.

Mudah bukan.

Tak salah memudahkan urusan orang lain, dalam masa yang sama ianya memberi faedah kepada generasi anda akan datang.

Pengurusan Sampah Pepejal Dari Rumah

Pastikan sampah yang anda kumpul tadi, diikat dan bukannya dibiarkan ianya terbuka.

Sia-sia jika anda asingkan, tetapi akhirnya terabur begitu sahaja dek sikap anda yang malas /tidak ingin mengikat plastik sampah sebelum ianya dibuang.

Tau tak apa kesannya sekiranya, anda tidak menguruskan sampah dengan sempurna?

Pengurusan Sampah Pepejal Dari Rumah

Nampak tak?

Sekiranya sampah anda tidak diuruskan dengan sempurna, ianya bakal menyukarkan pihak pembandaran ataupun pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan sisa buangan dari anda setiap minggu.

Bicara Bro : Pernah terfikir tak, ke mana sisa pepejal dari rumah kita dilupuskan? Ke memang ianya tidak dapat dilupuskan?

Seeloknya, asingkan sampah mengikut kategori dan ianya diikat sempurna.

Ianya bukan sahaja akan memudahkan proses untuk kitar semula bahkan proses menjadikan sisa pepejal ini ditukarkan kepada tenaga yang boleh kita gunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Pentingnya Pengurusan Sisa Pepejal Dari Rumah

  1. Dekat rumah , biasanya semua sampah2 saya sekalikan ke dalam satu tong sampah… huhuhu..

    1. Itu normal…

      Tapi #Inikalilah kita ubah sikap, untuk start asingkan sisa pepejal then jadi ikutan anak-anak kita 🙂

    2. lepasni bro kena tuka la style pengurusan sampah tu

  2. Ramai yang yang tidak sedar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah dikuatkuasa pada 1 Sept 2015. Bagi yang tidak mengasingkan sisa sampah dan sisa kitar semula boleh diambil tindakan.

    Apa yang penting adalah kesedaran kita mengambil sikap bertanggungjawab untuk meninggalkan sesuatu yang berharga kepada generasi akan datang terutama kesan rumah hijau.

    1. Agak lewat juga akta ini dikuatkuasakan.

    2. betul bab ramai tak sedar akta ni. aku pun baru tau. kena banyak promote kempen macam ni.

  3. aien tinggal kat kawasan kampung. hanya satu jenis tong sampah je disediakan. jadi aien letak sekali gus je lar..

    1. Sama jugak… cuma dalam kes bro… plastik dan tin bro asingkan.. untuk dijual he…23x

    2. hehe kes bro lebih efektif dan bijak

  4. warga yang baik adalah warga yang senantiasa memperlakukan sampah dengan baik pula

  5. aku tengok, memang ramai yang campur terus.

    penat promosi kat sekolah.

    bebudak selama jugak buang kat satu tempat.

    1. Xsemua benda kita kena mulakan dari sekolah, ada juga benda yang kita kena mulakan dari rumah. Baru ianya berjalan, kalau tidak…. kereta cikgu pula yang bercalar.

    2. hehe apa lagi, rotan la budak budak skolah tu

  6. Rakyat Malaysia memang kurang kesedaran sivik…. hmm …

    1. kena ajar dari kecil. kena banyak promote tentang kepentingan pengurusan sisa pejal.

  7. hmm harap tak terlewat semua ni

  8. ramai orang tidak penting kan bnde ni..terlepas pandang pun ada..tau nak bersih je..

  9. nak asingkan sisa baki dengan sisa pepejal ni benda mudah je sebenarnya..tapi sebab leceh ramai yang tak buat…last sekali terpaksa dididik dengan penguatkuasaan..hmmm

Leave a Comment