17,145,082 total views, 471 views today

Pembersih Muka Dashing Diinspirasi oleh Pemain Manchester City Football Club

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC
Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club.

Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia macam Bro.

Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.

Rangkaian ini terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif.

Diinspirasikan oleh pemain-pemain Manchester City Football Club – Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC

ICY FRESH: Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit.

Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas.

Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC

OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan.

Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC

EXTRA WHITE: Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri.

Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata.

Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC

ACNE FREE: ‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’

Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria.

Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC

WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri?

Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata.

Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

Dashing Men in Action - Official Partner MCFC

Yeahhhh….!!!!

Dah ada satu set.

Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 thoughts on “Pembersih Muka Dashing Diinspirasi oleh Pemain Manchester City Football Club

  1. Sergio Aguero antara pemain bola sepak pilihan saya… jadi saya support pencucu muka ni… 😉

    1. suka tengok kelincahan kun di atas padang walaupn saya ni gunners hehehe

  2. Tak ada peluang kalau bukan peminat Manchester City. 🙂

    1. haha kenapa pula? tutup la logo man city tu kalau tak suka hehehe

  3. gua dah tukar..ke FaceShop..made in Korea…dulu pakai ni juga 😀

    1. ow face shop tu korea ek? ok nak tuka gak la ke face shop. mana tau muka macam kpop pasni hehehe

  4. dari zaman sekolah dulu, sampai sekarang ni, memang pakai pencuci muka dashing je..hehe

  5. saya skg pakai yang dashing ice fresh + whitening scrub.. dia gabungkan sekali dalam satu pencuci muka..tak tahu yg tu lama punya ke atau baru..

    1. klu saya pakai, mungkin akan nampak lebih awet muda

  6. Assalammualaikum… bro,

    mselim3 tak pernah pakai pencuci muka nie.. pape boleh cuba nanti…

    mselim3

    1. bro mesti la pakai yang terbaik! hehe

  7. saya paling suka yang acne clearer tu dengan yang charcoal sebab boleh bersihkan blackheads secara berkesan… ( kata suami)

  8. saya guna yang oil clear charcoal, rasa berangin lepas bersihkan muka 🙂

  9. kmah..tarikan dgn pmain bola plak..

  10. model pegang produk tu paling win, orang lelaki zaman sekarang kalah orang perempuan bab jaga kulit. Saya pun ramai customer contact nak produk cerahkan kulit dan diorang ni lelaki rupanya….

    1. He…23x lelaki yang kulit cerah-cerah nie x beberapa laki sangat. Tapi zaman sekarang nie, ramai lelaki yang kulitnya sensitif

  11. agak agak muka aku macam aguero tak pas pakai pencuci muka ni

  12. Gua pakai yang hijau tu … memang best … sebelum ni ada dapat banyak sampel .. dah abis pakai tetiba rasa ralit lak tak ada dalam simpanan …

    1. tanda kena restock balik tu bro

  13. klau dashing ni aku dulu suka pakai bedak dia je…

Leave a Comment