March 29, 2024

Rasai Kesegaran Dengan Oishi Green Tea, Kini Dalam Tin 300ml

Oishi Green Tea
Siapa sini peminat teh hijau (green tea)?

Ok, kita geng.

Hari ini, Bro ingin memperkenalkan minuman Teh Hijau Oishi (Oishi Green Tea) yang kini hadir dalam bentuk minuman tin 300ml.

Tak dinafikan,

Bro dari dulu merupakan peminat minuman teh hijau, sejak menikmatinya pertama kali sewaktu makan di restoran masakan jepun. Itupun beberapa belas tahun yang dahulu.

Dan kini,

Teh hijau menjadi pilihan Bro sama ada sewaktu makan mahupun ketika beriadah. Cumanya Bro beli yang dah siap dibotolkan.

Oishi Green Tea

Lagipun teh hijau sesuai diminum pada bila-bila masa, tidak kisah sewaktu sarapan pagi, makan tengah hari mahupun malam.

Pilihan Bro semestinya Oishi Green Tea.

Mudah, tak perlu bancuh di rumah dan ianya mudah didapati dari kedai berhampiran.

Khasiat Teh Hijau Yang Perlu Anda Tahu

Teh hijau merupakan minum yang sihat dimana ianya rendah kandungan kafein dan mengandungi antioksida.

Ianya membantu memberi kesegaran pada tubuh, membantu menyihatkan kulit, dan rambut, bahkan juga membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Mungkin ini sebabnya kenapa masyarakat Cina dan Jepun mengamalkan minuman teh hijau dalam kehiduapan seharian mereka.

Oishi Green Tea

Boleh nampak tak kenapa Bro juga mengamalkan minuman teh hijau selama ini?

Dalam menjalani gaya hidup sihat (Nampak tak Bro dah kurus sikit), Bro amalkan minuman teh hijau terutamanya Oishi Green Tea.

Oishi Green Tea Dalam Tin 300ml

Oishi Green Tea

Seperti yang Bro nyatakan sebelum ini.

Kini Oishi Green Tea hadir dengan minuman dalam tin 300ml.

Baru-baru ini, Bro terima bungkusan berbentuk “Bento Box” dari Oishi di mana terdapat beberapa produk minuman mereka dalam tin.

Buat masa kini, Oishi Green Tea hadir dengan 4 jenis perisa – Original, Genmai, Honey Lemon dan Lemon Black Tea (Rasa macam short satu je. Ok nk keluar sat, nak pergi beli he…23x)

Oishi Green Tea
Oishi Green Tea – Original

Oishi Green Tea

Oishi Green Tea – Genmai (Beras Panggang Jepun)

Oishi Green Tea
Oishi Green Tea – Honey Lemon

Diramun menggunakan 100% daun teh hijau asli yang disemai dalam ladang yang dijana secara organik.

OISHI menghasilkan minuman teh hijau bermutu tinggi hanya menggunakan daun muda dan pucuk bagi mengekstrak rasa yang sempurna. Dari situlah lahirnya resepi teh hijau sebanar dari Jepun paling mahsyur.

Sekiranya anda peminat minuman teh hijau atau baru nak mencuba. Apa kata anda dapatkan Oishi Green Tea dari mana-mana kedai berdekatan anda.

Bro sudah, anda bila lagi?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Rasai Kesegaran Dengan Oishi Green Tea, Kini Dalam Tin 300ml

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *