Produk Tanaman Jepun – Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes

16,900,842 total views, 399 views today

Produk Tanaman Jepun – Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes

Majlis Pelancaran Nikkori Pear &  Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di AEON BIG Mid Valley
The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (Zen-Noh) dengan kerjasama AEON Big dan Eurofarm telah memperkenalkan 2 produk tanaman dari Jepun untuk pasaran Malaysia.

Produk tersebut adalah Nikkori Pear (Buah Pir Nikkori) dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes (Keledek Jepun Ibaraki) yang kini anda boleh dapati di pasaraya AEON Big, Mid Valley.

Produk tanaman dari Jepun ini diperkenalkan di Malaysia bertujuan untuk menambahkan pilihan kepada warga Malaysia khususnya, mereka yang suka makan makanan yang sihat, segar dan berkualiti tinggi.

Tochigi Nikkori Pear

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley

Tochigi Nikkori Pear – Penanaman buah Pir ini dilaksanakan di wilayah Tochigi.

Nampak besar bukan buahnya?

Tetapi menurut wakil mereka, buah pear ini merupakan yang terkecil berbanding dengan buah pear mereka yang sebenarnya. Harganya dalam RM22.90 sebiji.

Yup sebiji.

Berat sebiji dalam 800 gram – 1 KG.

Memang puas makan. Isinya lebih berserat dan berair, manis pula tue. Walaupun hanya makan sebahagian kecil sahaja.

Ianya hanya dituai pada pertengahan bulan Oktober setiap tahun dan disimpan untuk tempoh masa yang lama sehingga bulan Februari.

Ibaraki Japanese Sweet Potatoes

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley

Manakala ubi keledek Ibaraki (Ibaraki Japanese Sweet Potatoes) ditanam di wilayah Ibaraki. Ia merupakan pengeluar ubi keledek kedua terbesar di Jepun.

Ini dijual pada harga RM9.90 untuk 1 Kg.

Rasanya memang manis dan berbeza dengan ubi keledek yang biasa kita makan. Isinya lebih besar berbanding ubi keledek jepun yang biasa Bro temui di Malaysia.

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley
Menurut En. Jeffrey Tan, Pengarah Urusan Eurofarm,

Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes merupakan 2 produk pertanian terbaik di Jepun.

Justeru itu AEO Big menjadi pasar raya besar yang pertama di Malaysia memperkenalkan produk pertanian inovatif ini.

Majlis Pelancaran Nikkori Pear dan Ibaraki Japanese Sweet Potatoes di Aeon Big, Mid Valley

Bicara Bro : Bergambar dengan maskot.

Ramai tak sempat bergambar dengan kedua-dua maskot ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

  1. Cerita jepun selalu tunjuk gerai ubi bakar tengah-tengah malam..kiranya macam snek la
    Masa tu memang pelik sebab bukan budaya kita untuk makan ubi bakar tengah-tengah malam
    Tapi apa nak hairan kan sekarang, nasi lemak pun orang cari tengah-tengah malam
    bila dah rasa ubi Jepun ni..baru lah tahu kesedapannya macam mana..terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *