17,161,617 total views, 2,183 views today

Minuman Botani GlamoHealth Solusi Masalah Batu Karang

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Penyakit Batu Karang
Mungkin anda sendiri tidak menyedari bahawa anda mempunyai potensi yang tinggi untuk mengidapi penyakit batu karang.

Selalunya, ianya sudah terlalu lewat bagi kita bila mengetahuinya.

Oleh itu, anda perlu tahu simptom dan gejala yang mampu meningkatkan potensi anda untuk mengidapi penyakit batu karang.

Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu KarangKandungan air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur dan jika ia terlalu pekat, garam berlebihan ini akan bertukar menjadi keras dan berkumpul menjadi ‘batu’.

Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Adakalanya dinamakan renal colic – sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang.

Ada juga pesakit yang tidak mengalami sebarang tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Faktor Pembentukan Batu Karang

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
  • Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  • Individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

Oh ok…..

Nampaknya, Bro kena mulakan dari saat nie dengan memperbanyakkan minum air masak dan mengawal permakanan serta melebihkan pergerakan.

Tapi kalau ikutkan petua orang lama, elok amalkan ulam dan herba tradisional sebagai alternatif mencergah ianya dari terjadi.

Dengan wujudnya beberapa produk tradisional dalam pasaran memberi lebih pilihan untuk anda. Antaranya adalah Minuman botani GlamoHealth

Minuman botani GlamoHealth

Minuman GlamoHealth - Village Formula - Adunan Tradisional

Minuman botani GlamoHealth, merupakan satu minuman dan mempunyai pelbagai fungsi khas yang membantu pelbagai masalah kesihatan dan juga memecahkan batu karang khususnya dalam masa 24 jam

Minuman ini tidak hanya khusus membantu memecahkan batu karang tetapi ramuan didalamnya juga membantu pesakit yang mempunyai masalah jantung, pedih hati, buasir, darah tinggi, kencing manis, jantung dan bermacam masalah kesihatan yang lain.

Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan. Dan kini, segala formula kandungan telah ditemui kembali dan kami menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil.

Pada kebiasaannya dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai lansung hilang dalam tempoh 24 jam.

Ramuan ini dapat meleburkan ketulan-ketulan batu karang dan melarutkannya ke dalam air kencing sehingga tidak terasa sedikit pun ketika ia keluar daripada badan pesakit.

GlamoHealth Pemecah Batu Karang

Testimoni GlamoHealth oleh Bro Framestone

Rasanya Bro xperlu nak rahsiakan perkara ini. Sewaktu menulis artikle ini, Bro memang dah syak memang Bro ada penyakit batu karang.

Memang selama ini terasa sakit pada sebelah belakang dan pinggang, cuma waktu itu ingatkan ada masalah tulang belakang.

Nak duduk atau berjalan pun tak selesa, baring juga sama.

Paling terasa bila kencing tidak lawas dan kadangkala sakit pada bahagian sulit dan ianya banyak mengganggu aktiviti seksual Bro.

Maka Bro mencuba sendiri produk GlamoHealth seperti yang disarankan oleh rakan-rakan.

Minuman Botani GlamoHealth Pemecah Batu Karang
Bro mengambilnya selepas pulang berniaga sebelum tidur.

Rasanya agak… Ok la, ada manis, pahit, masam etc. Kalau tak pahit, bukan ubat namanya he…23x terpaksa telan juga, siapa tak nak sihat kan.

Minuman Botani GlamoHealth Pemecah Batu Karang

Hanya perlu minum sebanyak 30ml setiap hari.

Setiap botol disertakan dengan cawan bersaiz 30ml untuk memudahkan anda menyukat minuman GlamoHealth sebelum meminumnya.

Cara penggunaan :-

  1. Dengan Bismillah, minum dalam keadaan duduk (lebih baik) sebelum tidur (Jangan minum air sejam sebelum dan selepas ambil Glamohealth).
  2. Tidur seperti biasa.
  3. Minum banyak air pada keesokan hari (sekurang-kurangnya 4 Liter).
  4. Ulang sehingga 14 hari berturut atau sehingga batu karang keluar melalui saluran kencing atau apapun masalah penyakit yang dihadapi mulai susut.
  5. Jika sudah sembuh daripada penyakit, amalkan sebagai makanan tambahan seminggu 3 kali untuk mengekalkan tahap kesihatan.

Sepanjang tempoh ini,

Bro agak mudah dan kerap membuang air kecil. Sakit pada bahagian belakang dan pinggang juga berkurangan secara beransur-ansur.

Ada yang cakap, batu karang itu akan pecah dan keluar sewaktu membuang air. Malangnya Bro belum sampai lagi fasa itu (ke tak perasan).

Ini pula testimoni dari pengguna yang lain.

Testimoni Pengguna GlamoHealth

Testimoni Pengguna GlamoHealth

Jimat Dengan Packaging Terbaru GlamoHealth

Minuman Organik GlamoHealth - Formula Tradisional Untuk Penyakit Batu Karang

Kini Minuman Botani GlamoHealth hadir dengan kemasan kotak yang lebih kemas dan diberikan penyukat untuk minum dan isipadu yang lebih dengan harga yang masih sama.

Anda kini boleh menikmati lebih penjimatan dengan packaging terbaru dimana kuantiti serta kebaikkan diperkayakan.

1 Botol mengandungi 400ml dan boleh digunakan sehingga 14 hari pada harga RM200 sebotol yang terdiri dari ramuan seperti :-

  • Buah Lemon
  • Daun Dukung Anak
  • Cuka Epal
  • Buah delima
  • Selasih
  • Ubi Bit Merah
  • Daun Celery
  • Madu
  • Daun Durian Belanda
  • Daun Belalai Gajah
  • Rempah Ratus

Glamohealth 100% dari bahan semulajadi, jadi ia selamat digunakan tanpa was-was.

Minuman botani GlamoHealth, dikatakan mampu :

  • Memecahkan batu karang yang terdapat di dalam hempedu, buah pinggang, saluran/pundi kencing.
  • Mencuci dan melancarkan sistem perkumuhan ( DETOX ).
  • Mengatasi masalah kencing tak lawas/tak boleh control
  • Baik untuk jantung, mengawal dan mengubati.
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Mencegah pengerasan arteri apabila berlaku stress spt tekanan darah tinggi
  • Membantu melegakan penyakit pedih ulu hati
  • Membantu pemulihan penyakit berkaitan hati dan hempedu
  • Mengubati masalah buasir
  • Membantu mengawal dan merawat gula dalam badan ( untuk diabetis )
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan tahap metabolism dalam badan
  • Sesuai untuk seisi keluarga

Harga Minuman Botani GlamoHealth

Minuman Organik GlamoHealth - Formula Tradisional Untuk Penyakit Batu Karang

Minuman Botani GlamoHealth dipasarkan dengan harga runcit RM200/210ss SEBOTOL 400ml (TIDAK termasuk postage keseluruh Malaysia).

Untuk Promosi, pihak syarikat tengah mengadakan jualan PENGENALAN dengan harga cuma RM120/130ss termasuk postage ke seluruh Malaysia.

Dalam masa yang sama, pengedar diperlukan dari seluruh Malaysia.

Peluang Menjadi Pengedar Minuman Botani GlamoHealth

Ingin mendapatkan pendapatan tambahan?

Anda kini berpeluang untuk menjadi pengedar produk Minuman Botani GlamoHealth atau membelinya dengan menghubungi :-

GLAMOHEALTH CUSTOMER SERVICE
012-2266953
glamohealth@gmail.com
Facebook : GlamoHealth Pemecah Batu Karang

Bicara Bro : Elok mencegah dari merawat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Minuman Botani GlamoHealth Solusi Masalah Batu Karang

  1. bila hari2 makan macam-macam , makanan tak dikawal, memang tak mustahil boleh dapat batu karang ni. so laburkanlah sedikit utk beli minuman or makanan kesihatan mcm ni utk mengelakkan dpt batu karang.

    1. Itu la.. Nie masa karang artikle nie pun dah start risau dah… Kebarangkalian agak tinggi juga sekarang nie.

  2. elok ni..kalau harga mampu milik macam ckt bro takde masalah..hehe

    1. harga mampu milik CKT tapi masih xbanyak permintaannya….

  3. Mahal harga minuman ni. Baca khasiat ok bnyk penyakit boleh hilang tu

    1. Bro tengah mencubanya. Moga diberikan kesihatan kepada bro…

  4. bahaya batu karang ni bro..jangan dibuat main

    1. Xboleh nak dibuat main, sebab dia ada dekat dalam.. kalau dekat luar, dah buat batu seremban kot.

  5. Terima kasih di atas perkongsian info… Antara langkah pencegahan Batu Karang yang disarankan oleh pakar perubatan ialah dengan memperbanyakkan minum air suam… Tetapi ramai yang tidak melakukan perkara ini… Termasuk saya…

    1. Semoga lepas ni kita kena amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat… In Shaa Allah…

    2. Harapnya macam tue la… risau gak nie

    3. Gaya hidup sekarang ini banyak memberi kesan kepada masyarakat. Rasanya teh o ais lebih banyak diminum berbandung air suam.

      Ke starbucks… or coke?

  6. Kalau boleh cegah batu karang ni…baik dicegah…kalau sudah terkena…memang menanggung sakit la…

  7. Patut nampak bro makin sihat hehehehehe

    1. Alhamdulillah…

      Tengah cuba menyihatkan lagi diri nie… Ada banyak penyakit perlu dielakkan selagi belum sampai masanya.

  8. Salam bro, ye kadang satu lagi trafik jem pastu duk tahan kencing tu pun sangatlah bahaya sebenarnya. Apapun, kita kena ada usaha untuk merawat sebelum dirawat 🙂

    1. Oleh itu, kena sediakan botol sebelum jem….

      Eh betul ke perlibahasa nie?

Leave a Comment