17,161,603 total views, 2,169 views today

#BeautyWithInk – Canon PIXMA G Series dan PIXMA MG Series

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink
Baru-baru ini, pihak Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd telah memperkenalkan inkjet printers terbaru mereka iaitu PIXMA G Series.

Dinyatakan bahawa PIXMA G Series ini hadir dengan system hybrid ink dimana ianya menjadikan cetakan lebih efektif tanpa mengurangkan kualitinya.

Terima kasih buat teknologi Canon Genuine Refillable Ink Tank System.

Ini kerana ia membolehkan anda menikmati kepuasan mencetak sehingga 6,000 halaman (hitam) dan 7,000 halaman (berwarna) pada kelajuan tinggi dengan kos yang ultra rendah.

Jimat bukan…!!!

Canon PIXMA G Series

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink

Terdapat 3 model PIXMA G Series yang diperkenalkan bersama dengan teknologi Canon Genuine Refillable Ink Tank System, iaitu :-

  • PIXMA G1000 – single function
  • PIXMA G2000 – multifunction
  • PIXMA G3000 – wireless multifunction

Ianya direka untuk memenuhi keperluan mencetak mengikut kehendak pengguna yang berbeza.

Katrij biasa yang memerlukan kita menukarnya setiap kali dakwat habis digantikan dengan katrij yang boleh diisi semula dengan system tangki yang mudah digunakan.

Ini menjanjikan cetakan pada jumlah yang tinggi pada harga cetakan yang rendah. Dalam masa yang sama tidak mengurangkan kualiti cetakan dokumen mahupun gambar.

Secara tidak langsung menjadikan ia sesuai untuk kegunaan dirumah mahupun dipejabat.

PIXMA G Series ini boleh anda didapati dari pengedar sah Canon terpilih, dan harganya termasuk GST adalah seperti berikut :-

  • PIXMA G1000 – RM499
  • PIXMA G2000 – RM599
  • PIXMA G3000 – RM799

Teknologi Canon Genuine Refillable Ink Tank System

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink

Canon PIXMA G Series dihasilkan membolehkan anda melihat jumlah dakwat yang masih ada secara terus dari badan printer itu sendiri.

Jadi ianya memudahkan anda mengagak jumlah dakwat yang masih ada pada printer anda.

Maka selepas ini, tiada kes anda terlupa tentang dakwat printer yang tidak mencukupi sewaktu anda terdesak ingin menggunakan printer.

Kiranya, macam sediakan payung sebelum hujan.

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink
Rekaan pada botol dakwat PIXMA G Series memudahkan ianya digunakan dengan penutup yang mampu mengelakkan tumpahan.

Hujung botolnya direka bagi memudahkan dakwat mengalir dengan lancar sewaktu mengisi dalam tangki dakwat tanpa percikan dan bersepah.

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink

Mudah bukan?

Selepas ini, anda tidak perlu tercari-cari printer dimana anda sendiri perlu tambah tangki dakwat diluarnya untuk memastikan dakwat sentiasa mencukupi.

Bagaimanapun, ianya mungkin tidak semudah dan sekemas menggunakan printer Canon PIXMA G Series seperti ini.
?

Canon Perkenalkan PIXMA MG Series – Photo All-in-One (AIO) Terbaru

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd juga turut memperkenalkan keluarga terbaru dalam PIXMA MG Series iaitu :-

  • PIXMA MG3670 – merah
  • PIXMA MG5770 – hitam
  • PIXMA MG7770 – hitam, merah dan emas

Rekaan MG3670 yang bergaya membolehkan penukaran katrij, pengurusan kertas, operasi dan penyelenggaraan mudah dibuat dari posisi hadapan.

Manakala pengguna MG5770 dan MG7770 mudah disediakan dan boleh digunakan terus dalam tempoh masa seminit selepas ianya dikeluarkan dari kotak.

Proses setup menjadi mudah dengan adanya aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY dimana ia melaksanakan dua tugasan serentak bagi setup dan pendaftaran printer.

Secara tidak langsung menjimatkan lebih kurang 30% masa persediaan.

Aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY

Mencetak dokumen dan gambar menjadi lebih mudah dengan adanya aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY yang sesuai digunakan bersama MG3670, MG5770 dan MG7770

Dalam masa yang sama, anda boleh monitor tahap dakwat atau penyelengaraan mudah dengan hanya menggunakan aplikasi ini.

Canon Inkjet Printers - Beauty With Ink

MG3670 hadir dengan katrij bersaiz XL, memastikan ia boleh mencetak lebih banyak dan mengurangkan kitaran penukaran katrij sekaligus menjimatkan kos penggunaannya.

Penjimatkan kos dengan adanya fungsi Auto Power ON yang dipasang bersama pada ketiga-tiga model PIXMA Photo AIO ini.

Printer akan beroperasi secara automatik bila menerima arahan yang dihantar melalui computer/peranti. Sekiranya ianya tidak digunakan dalam tempoh waktu tertentu, ianya akan tutup sendiri secara automatik.

PIXMA Photo AIO ini boleh anda didapati dari pengedar sah Canon terpilih mulai penghujung November 2015, dan harganya termasuk GST adalah seperti berikut :-

  • PIXMA MG3670 – RM350
  • PIXMA MG5770 – RM406
  • PIXMA MG7770 – RM841

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.canon.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “#BeautyWithInk – Canon PIXMA G Series dan PIXMA MG Series

  1. Design menarik…quality tetbaik… harga pula cukup berpatutan… nasib baiklah printer canon dkt rumah elok lagi… 😉

    1. Jeng jeng jeng…

      Boleh je dimasukan dalam wishlist akan datang.

  2. Sudah lama tidak mengunakan printer. Baguslah sudah ada built-in tank tidak perlu bimbang nak beli cartridge sebab boleh refill sahaja.

  3. ish.. nak sangat la printer cmni. harga dia.. hmmmm

  4. Memudahkan dah lepas ni tabung dakwat dah tersedia kemas xyah susah nak kejar cari dakwat lain.. ni model baru ke

  5. harga macam agak mahal je..tapi sekarang org nak print gi kedai je..

  6. canggih tu siap boleh monitor dakwat…aku punya printer dah barai dah..cuma boleh guna scanner je…

Leave a Comment