March 29, 2024

Zipit Chat – Applikasi Chat Dengan Kod Sulit Bertaraf Tentera

Obama Shhh
Pasti ada sesetengah perkara dalam hidup ini, anda ingin rahsiakan tetapi dalam masa yang sama ingin dikongsikan dengan seseorang.

Cuma kadangkala keinginan ini terbatas.

Maklumlah,

Mungkin ramai yang suka memasang telinga/mata dan ingin tahu apa perkara yang sedang kita rahsiakan.

Kadangkala,

Nak mengumpat pun tak best bila ada pihak yang sibuk nak ambil tahu a.k.a Busy Body.

Mestii spoilkan mood anda untuk mengumpat dengan “rakan baik” anda. Jika dibiarkan, boleh basi pula benda yang anda teringin sangat nak diumpatkan waktu itu.

Walaupun waktu itu,

Anda sedang mengumpat dalam phone sewaktu group chat mahupun chat peribadi (tapi takut orang lain terbaca)

So……

Bro ada satu penyelesaian yang mungkin dapat membantu anda.

Zipitchat - Applikasi Menyah Kod Sulit Level Tentera #zipitchat

Jom muat turun Aplikasi Zipit Chat pada telefon pintar anda (buat masa ini, ia hanya support untuk pengguna Android sahaja)

Salah satu cara untuk berkomunikasi secara selamat.

Selepas ini anda tiada masalah untuk mengumpat secara terang-terangan dalam group chat mahupun berkongsi maklumat sulit kepada sesiapa sahaja (yang anda percaya) dan maklumat itu tidak bocor kepada pihak ke-3 yang tidak bertanggungjawab.

Mungkin selama ini kita tidak sedar,

Bahawa kita ada kongsikan sesetengah infomasi terutamanya maklumat peribadi melalui aplikasi chat. Dan informasi itu tidak dipadamkan selepas diperolehi.

Kalau cerita Mission Impossible,

Mahu meletup phone itu selepas 5 saat mesej tersebut telah dibaca.

Zipitchat - Applikasi Menyah Kod Sulit Level Tentera #zipitchat

Bro telah mencubanya,

Ini contoh ayat yang telah Bro jadikan dalam bentuk kod.

Ayat pendek, tapi kodnya panjang ke main. Dari perkataan “I love u” ditranslatekan dalam bentuk kod maka menjadi “w2LYeQOD………” (Panjang sangat, malas nak taip)

Hanya aplikasi bertaraf tentera “AES 256 encryption technology” sahaja mampu menyahkodkan kod ini.

Bagaimanapun, kini mudah dengan adanya Aplikasi Zipit Chat pada telefon pintar anda. Jika orang lain mempunyai aplikasi yang sama, belum tentu mereka rajin nak menaip satu-satu kod ini untuk dinyahkan.

Sebelum ini, Bro ada kongsikan cabaran menghuraikan kod sulit dan menang RM100,000. Malangnya tiada sesiapa yang berjaya memecahkan kod sulit tersebut.

Panduan Memuat Turun Zipit Chat

Zipitchat - Applikasi Menyah Kod Sulit Level Tentera #zipitchat

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini di Google Playstore (Buat masakini, hanya pengguna Android sahaja boleh menggunakan aplikasi ini) dengan menggunakan keyword “Zipit Chat” pada ruangan carian.

Kemudian tekan button “Install” untuk memuat turun ke dalam telefon pintar anda.

Zipitchat - Applikasi Menyah Kod Sulit Level Tentera #zipitchat

Selepas selesai muat turun, anda dikehendaki memasukan no. telefon anda. Anda akan menerima kod untuk mengaktifkan akaun Zipit Chat anda sendiri.

Zipitchat - Applikasi Menyah Kod Sulit Level Tentera #zipitchat

Anda dikehendaki meletakan kata laluan dan ianya diperlukan setiap kali anda ingin menggunakan aplikasi ini ataupun log in akaun anda dari phone yang lain.

Zipitchat - Applikasi Menyah Kod Sulit Level Tentera #zipitchat

Jeng jeng jeng…!!!

Dah siapkan akuan Zipit Chat anda.

Melalui aplikasi Zipit Chat anda boleh berkongsi informasi sulit anda dalam bentuk kod kepada rakan anda melalui aplikasi chat mahupun email.

Amaran : Jangan guna aplikasi ini sekiranya ingin chat dengan skandal anda tanpa kantoi dengan pasangan anda.

Sebab anda pasti pening kepala tengok kod panjang-panjang macam nie. Belum lagi pasangan anda.

Kecuali jika anda benda-benda sulit yang perlu anda kongsikan dengan dia.

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi Zipit Chat ini, anda boleh layari http://zipitchat.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Zipit Chat – Applikasi Chat Dengan Kod Sulit Bertaraf Tentera

  1. Salam perkenalan tuan. Infomasi maklumat sulit tu macam mana tuan. AKUBIOMED kekasih gelap, menarik ni. Tak ada jangan cari. hee….

    Bro framestone kalau sudi bertandang ke post saya ni, Ada download 2 ebook dalam site ini, 4 Kajian tentang shortening url.

    Thanks.

Leave a Reply to happysus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *