You are here
Home > Iklan > Advertorial > Bukan Semua Berpeluang Menikmati Pendidikan Sempurna

17,419,214 total views, 1,035 views today

Bukan Semua Berpeluang Menikmati Pendidikan Sempurna

Pendidikan Sempurna Buat Semua
Bukan semua orang mampu memiliki atau berpeluang menikmati pendidikan yang sempurna di negara ini.

Kadangkala ada perkara yang menjadi penghalang buat mereka untuk memiliki pendidikan yang terbaik walaupun mereka merupakan pelajar berpotensi.

Tanpa pendidikan yang sempurna sukar untuk mereka mendapatkan pekerjaan

Walaupun mereka bagus, tapi sukar untuk mereka bersaing dengan calon-calon yang lain.

konvokesyen

Zaman sekarang, kelayakan minimum untuk mencari pekerjaan mesti memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun ianya hanya perkerjaan seperti pengawal keselamatan mahupun juruwang.

Ada yang tak berjaya menamatkan pengajian atas faktor kewangan, kurang sokongan dari keluarga mahupun hilang minat untuk belajar.

Bagaimana pula dengan mereka yang betul-betul minat untuk belajar tetapi keluarga tidak mampu biayai serta faktor kewangan yang menghalang mereka untuk meneruskan pengajian?

Jika anda rasa maklumat yang Bro kongsikan dibawah ini bermanfaat pada semua. Harap anda sudi sebarkan maklumat ini kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Ronald McDonald Scholarship

Bro ingin ceritakan lebih lanjut tentang kewujudan Ronald McDonald Scholarship.

Setiap tahun, Ronald McDonald House Charities (RMHC) akan memilih lebih kurang 80 orang kanak-kanak yang bersekolah menengah yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk menerima biasiswa di bawah Ronald McDonald Scholarship.

Kebanyakan yang terpilih terdiri dari mereka yang mempunyai keputusan akademik yang baik dan merupakan pelajar yang aktif di sekolah.

Melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, sehingga kini lebih 500 pelajar mendapat manfaat dari program ini.

Mereka yang terlibat dalam program ini akan menerima sokongan dalam bentuk kewangan sepanjang tempoh persekolahan mereka.

Ia termasuklah elaun bulanan serta perbelanjaan permulaan sekolah yang diberi setiap awal tahun.

Untuk info lanjut tentang program biasiswa ini, anda boleh layari http://rmhc.org.my/causes/rmhc-scholarship/

Keceriaan Mendapat Pendidikan Sempurna

Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia

Ia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan. Ia merupakan sebahagian daripada 300 RMHC yang terdapat di seluruh dunia yang wujud dengan visi yang jelas.

Visi RMHC adalah untuk mewujudkan, mengenal pasti dan menyokong program yang akan meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di Malaysia melalui tiga bidang utama iaitu :-

  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Kebajikan

Oleh itu, maka diwujudkan empat tiang utama kepada program Ronald McDonald House Charities (RMHC) iaitu :-

  1. Ronald McDonald House (RMH)
  2. Ronald McDonald Scholarship
  3. Ronald McDonald Sensory Room
  4. Ronald McDonald Gift of Smile

Info lanjut tentang keempat-empat program ini, anda boleh layari http://rmhc.org.my

Kempen McDonald’s Show Your Stripes

DemiRMHC

Untuk pengetahuan anda, kini McDonald’s Malaysia sedang mengadakan Kempen Show Your Stripes yang bertemakan #DemiRMHC – I’m For the Kids!

Stokin berjalur merah dan putih ini akan mula dijual di restoran-restoran McDonald’s bermula 7 Nov 2015, harganya RM10 sahaja (termasuk GST) dan hasil jualan akan didermakan kepada RMHC.

Tunjukkan sokongan anda terhadap kempen ini.

#DemiRMHC – I’m For the Kids!

Bro sudah, anda bila lagi. Stokin ini terhad tau.

Diharapkan sumbangan yang kita buat mampu mengukir senyuman dan kegembiraan pada wajah kanak-kanak yang memerlukan. #DemiRMHC

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

3 thoughts on “Bukan Semua Berpeluang Menikmati Pendidikan Sempurna

Leave a Reply

Top