April 25, 2024

Monsterism – Buku Mewarna Terapi Tekanan oleh Rizal Paperbag Head

Monsterism Buku Mewarna Bunga & Monster - Rizal Paperbag Head
Selama 30 tahun tidup, baru tahu rupa-rupanya mewarna mampu menjadi terapi stress / tekanan.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Rizal Paperbag Head yakni seorang pelukis doodle di Malaysia yang telah menghasilkan Monsterism – Siri Buku Mewarna Bunga & Monster Siri 1.

Cuma tak ramai yang tahu pasal benda ini.

Maka Bro tak rasa macam terkjut bila baru tahu mewarna mampu menjadi terapi streess / tekanan. Lagipun ianya masih belum dapat diterima oleh kebanyakan masyarakat tempatan.

Monsterism Buku Mewarna Bunga & Monster - Rizal Paperbag Head

Ok, ini rupanya buku Monsterism – Siri Buku Mewarna Bunga & Monster Siri 1.

Bila Bro usha dekat Instagram milik Rizal Paperbag Head, rupanya bukan isi dalamnya sahaja boleh diwarna bahkan kulitnya juga. Kretif sungguh, dalam masa yang sama mampu terbitkan kreativiti orang lain.

Menurut Rizal sendiri,

Ada seorang artis tempatan – Yusof Gajah yang kini berkerja di Korea telah berkongsi cerita bahawa buku mewarna bagi orang dewasa agak trending di sana.

Buku mewarna tersebut bukan macam buku mewarna kanak-kanak tau. Ianya lebih kepada lukis doodle.

Macam mana lukis doodle tue ek? Meh usha lukisan doodle yang terdapat dalam buku Monsterism – Siri Buku Mewarna Bunga & Monster Siri 1 ini.

Monsterism Buku Mewarna Bunga & Monster - Rizal Paperbag Head<

Monsterism Buku Mewarna Bunga & Monster - Rizal Paperbag Head

Bila anda google tentang perkara ini.

Buku mewarna ini popular di kalangan dewasa di Korea, kerana ianya mereka dapat melepaskan tekanan setelah penat berkerja seharian (Amat sesuai dengan Bro).

Tetapi, baru-baru ini Rizal pernah menerangkan tentang perkara ini pada pelangan yang hadir ke booth doodle beliau sewaktu Art Bazaar. Malangnya ia tidak mendapat sambutan bahkan mendapat pandangan sinis dari warga tempatan.

Cuma yang membelinya dari kalangan pelancong asing dan pesara cikgu.

Ek……

Susah juga nak terapkan benda bagus macam ini pada masyarakat kita ek, sedangkan benda ini terbukti berkesan di luar sana. Kalau vape tue, laju je korang kan cakap dekat luar sana tiada masalah, sedangkan timbul banyak isu di Malaysia.

Monsterism Buku Mewarna Bunga & Monster - Rizal Paperbag Head
Sekiranya anda berminat untuk memiliki buku Monsterism – Siri Buku Mewarna Bunga & Monster Siri 1 ini, Anda boleh hubungi Rizal Paperbag Head di :-

Facebook – Rizal.paperbaghead
Instagram – Rizal_paperbaghead

Bicara Bro : Bro rasa Rizal Paperbag Head ini penipu, kata buku mewarna dia ini mampu jadi terapi stress. Tapi nampaknya Bro jadi makin stress adalah, bila cari pensel warna sampai la nie xjumpa-jumpa.

Tangan dah mengigil nak mewarna nie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Monsterism – Buku Mewarna Terapi Tekanan oleh Rizal Paperbag Head

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *