You are here
Home > Iklan > Advertorial > Kelas Asas Penjagaan Kereta di TOC Automotive College

17,411,521 total views, 3,050 views today

Kelas Asas Penjagaan Kereta di TOC Automotive College

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College
Baru-baru ini Bro berkesempatan mempelajari ilmu asas tentang penjagaan kereta sewaktu menyertai kelas “Car Maintenance 101” yang dianjurkan oleh TOC Automotive College.

Walaupun dah berbelas tahun memandu, rupanya banyak perkara tentang kereta Bro sendiri tidak tahu.

Tertiba rasa macam selama ini di tipu hidup-hidup oleh pemilik bengkel membaiki kereta (bukan semua tau).

Kelas bermula seawal 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari.

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan bagi memudahkan sesi pembelajaran berlangsung.

Ok, ini kumpulan Bro bersama-sama dengan tenaga pengajar.

Mereka memang sporting habis.

Mereka amat suka jika anda rajin mengajukan soalan. Tak lokek ilmu yang mereka curahkan buat kami semua.

Selagi ada apa-apa yang terlintas dalam fikiran, terus kami ajukan dan sedaya upaya juga mereka akan menjawabnya.

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Untuk permulaan,

Kami pelajari serba sedikit tentang komponen yang terdapat pada ruangan enjin. Perlu tahu bagaimana ianya berfungsi dan bagaimana caranya untuk membuka dan memasangnya semula.

Ini kerana ada benda yang anda boleh buat sendiri.

Tak perlu kita harapkan pada bengkel-bengkel kereta untuk membaikinya atau menukarkannya. Berapa banyak kita boleh jimatkan di situ
.
Bukan sahaja wang bahkan masa anda sendiri dapat dijimatkan.

Ada benda / peralatan anda boleh dapatkan dari kedai pada harga lebih murah tetapi kualitinya sama dan anda boleh memasangnya sendiri.

Paling penting,

Ilmu yang anda pelajari ini, bukan sahaja untuk kenderaan anda bahkan untuk kenderaan ahli keluarga anda, kawan anda dan mereka yang menghadapi masalah (kereta breakdown tepi jalan).

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Kemudian, kami diajar tentang tayar.

Yup tayar. Bahagian paling penting pada kenderaan, tetapi selalu diabaikan dan boleh mengakibatkan kecelakaan jika berlaku kecuaian.

Mungkin selama ini kita hanya memilih bengkel yang menawarkan tayar yang murah. Siap bangga dan cerita pada orang lain bahawa bengkel ini tawarkan tayar lagi murah berbanding bengkel yang lain.

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa mereka menjualkan tayar lebih murah berbanding orang lain?

Tayar ada expired datenya.

Sampai masanya tayar itu tak sesuai digunakan walaupun ianya belum lagi digunakan. Sebab itu ada sesetengah kedai menjualnya pada harga lebih murah untuk memastikan ianya cepat habis.

Bagaimana nak tahu expired date pada tayar?

Terdapat 4 nombor pada tayar yang anda boleh guna sebagai rujukan.

Contoh : 2311

Ini bermaksud, tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke-23 pada tahun 2011. Jangka hayat tayar adalah 5 tahun dari tarikh ianya di keluarkan.

So, kalau boleh. Tengok tayar dulu sebelum ianya dipasang pada kereta anda. Sebab kedudukan nombor itu agak sukar dilihat sekiranya sudah siap dipasang pada kereta anda.

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Selain teori, kami juga perlu melakukan praktikal on the spot.

Antaranya, cara menukar tayar kenderaan dengan betul. Jika betul caranya, wanita juga tiada masalah untuk menukar tayar sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Maka mana-mana wanita tidak perlu menunggu suami, boyfriend, skandal ataupun prince charming datang untuk membantu anda menukar tayar sendiri sekiranya tayar pancit dan tersadai di tepi jalan.

Mesti lelaki teruja bila melihat wanita menukar tayar sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Cuma pastikan tayar spare anda dalam keadaan baik dan alat menukar tayar ada dalam kereta. Jangan dikeluarkan pula.

Jenuh diwaktu kecemasan, sekali benda penting ini yang tiada dalam kereta anda.

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Selain menukar tayar, kami diajar macam mana nak menggunakan “jumper” pada bateri sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana bateri lemah.

Nampak macam senang, tetapi tak ramai yang tahu langkah yang betul sewaktu “jumper”.

Memang kereta dapat dihidupkan,

Cuma anda tidak menyedari bahawa anda telah memendekkan jangka hayat bateri bahkan mungkin memberi kesan kepada komponen elektronik yang bersambung terus dengan bateri sekiranya anda “jumper” dengan cara yang salah.

Tak susah pun.

** Selama ini, Bro rupanya “jumper” dengan cara yang salah. Ok, Noted…!!

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Setiap peserta juga diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari sepanjang kelas ini.

Siap ada “ujian” lagi dimana tenaga pengajar akan menyatakan situasi dan anda perlu terangkan sambil menyelesaikan situasi tersebut.

Ok, ini bukan berlakon tetapi betul punya.

Ada gaya x?

Ke nampak muka macam tak meyakinkan je he…23x Anggap je la ini 1st time.

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Sebelum kelas berakhir,

Diadakan sesi soal jawab bersama En. Harun Zainal yang merupakan tenaga pengajar di TOC Automotive College.

Dalam sesi ini,

Kami berpeluang untuk bertanya apa sahaja soalan yang tak sempat ditanya sewaktu sesi praktikal tadi.

Ianya termasuk soalan yang keluar dari topik pembelajaran untuk menambah pengetahuan yang ada. Contohnya tentang pemilihan enjin, cara penjagaan kereta dan juga panduan untuk mengelakkan penipuan.

Woww….!!!

Memang banyak sebenarnya ilmu yang kami pelajari sepanjang tempoh kelas berlangsung. Terutama ilmu yang tiada dalam buku dan berdasarkan pengalaman En. Harun Zainal sendiri.

Car Maintenance 101 - TOC Automotive College

Selepas selesainya sesi soal jawab,

Maka sampailah ke acara kemuncak dimana setiap peserta akan menerima sijil penyertaan dari pihak TOC Automotive College.

Rasa macam dah jadi graduan TOC Automotive College pula. Harap dapat sertai “Car Maintenance 201” pula pada masa akan datang. Rasa banyak benda tentang kenderaan perlu Bro dan anda pelajari.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas “Car Maintenance 101” yang dianjurkan oleh TOC Automotive College. Anda boleh hubungi mereka berdasarkan maklumat yang Bro sertakan dibawah :-

TOC Automotive College
No.10, Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya, Malaysia

Tel: +603 7960 8833
Fax: +603 7960 4355
E-mail: info@toc.edu.my

FB : www.facebook.com/TOC.edu
IG : TOCmalaysia
Website : http://www.toc.edu.my/
Untuk mendaftar CM101 : http://www.toc.edu.my/cm101/

Yuran penyertaan RM 200 dan anda akan menerima bahan rujukan, sijil penyertaan, makan dan juga ilmu yang bermafaat buat anda sebagai pemandu dan pemilik kenderaan.

Selepas ini, anda boleh selesaikan masalah yang simple tanpa perlu berharap pada bengkel.

Dari situ, mungkin anda boleh dapat banyak penjimatan jika dibandingkan dengan harga yuran penyertaan.

Bro sudah, anda bila lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Kelas Asas Penjagaan Kereta di TOC Automotive College

    1. Xde la jauh sangat PJnya… Kalau ikutkan lokasinya dekat je dengan LDP dan susur keluar highway PLUS.

      Yup, memang perlu belajar dari yang pakar… Kalau setakat belajar dari orang/kenkawan dan dia pun hanya dengar dari orang lain. Risau semuanya hanya mitos sahaja.

Leave a Reply

Top