March 29, 2024

Jom Memeriahkan Karnival Upin & Ipin 2015 di MAEPS, Serdang

Sidang Media Karnival Upin & Ipin 2015 - Episod Ultraman Ribut
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. bakal menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2015 pada 20 hingga 22 November 2015 di Dewan A, MAEPS, Serdang.

Pemilihan lokasi baru tahun ini adalah berdasarkan dari fenomena luar biasa di Putrajaya ketika penganjuran tahun lepas.

Lokasi pada tahun ini bukan sahaja lebih besar dan luas, malahan mempunyai kemudahan parkir yang banyak bagi menampung kunjungan pengunjung yang ramai.

Karnival Upin & Ipin 2015 bertemakan ‘Keajaiban Bermula’ akan menampilkan unsur-unsur magik dan fantasi yang akan melibatkan kesemua watak animasi dari Les’ Copaque Production.

Tiket masuk Karnival Upin & Ipin 2015 dijual secara ‘online’ di www.upinipinstore.com untuk masa terhad sehingga beberapa hari sebelum Karnival tersebut berlangsung.

Tiket-tiket juga akan dijual di pintu masuk Karnival.

Harga Tiket Karnival Upin & Ipin 2015

Main Hall
Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) = RM3
Dewasa = RM5
Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM3
*OKU masuk percuma

Magic Hall
Kanak-Kanak (7 hingga 12 tahun) = RM10
Dewasa = RM35
Warga Emas (60 tahun ke atas) = RM10
*OKU masuk percuma

Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada Karnival Upin & Ipin 2015 :-

Main Hall
– Persembahan Silap Mata Upin & Ipin Pin Pin Pom
– Mencari “Raja Rimba” bersama Ara & Aris
– Kisah Puteri Limau
– Persembahan Ultraman Ribut
– Boria Suka-Suka
– Perarakan Maskot
– Cabutan Bertuah untuk tiket Magic Hall

Magic Hall
– Replika Rumah Opah
– Tarian Robot
– Kak Ros “Saya Tak Garang”
– Pentas Hologram “Pencarian Karakter Animasi Terhebat”
– Upin Ipin 3D Mural
– Studio Rakaman Suara

Setiap pembelian tiket ‘Magic Hall’, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan cabutan seperti percutian, smartphone, tablet, televisyen dan macam-macam lagi.

Karnival Upin & Ipin 2015 disokong oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bananana, TV9 dan HotFM.

Untuk info lanjut, anda boleh layari www.karnivalupinipin.com ataupun menghubungi 60355119112 / 60355110012.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Jom Memeriahkan Karnival Upin & Ipin 2015 di MAEPS, Serdang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *