18 Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders

16,901,838 total views, 1,395 views today

18 Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders

Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders
Bro Framestone antara 9 Blogger Malaysia yang terpilih untuk bergandingan dengan 9 blogger dari Thailand untuk menjayakan kempen Malaysia Wonders dari 10 – 13 November 2015.

Kempen ini dianjurkan oleh Seeties dengan kerjasama Tourism Malaysia (Cawangan Thailand) dalam mempromosikan Malaysia pada negara jiran kita, Thailand.

3 lokasi terpilih yakni Pulau Pinang, Perak dan juga Kuala Lumpur.

9 Blogger Malaysia yang terlibat (boleh rujuk list di sini) dalam membantu 9 blogger Thailand menyelesaikan misi mereka sewaktu berada di Kuala Lumpur.

Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders

Kami telah dikumpulkan di Einstein Cafe yang terletak berdekatan dengan Petaling Street (Boleh je jalan kaki dari Perhentian Pudu, just berpeluh sikit je).

Di sini, kami diberi taklimat untuk aktiviti sepanjang hari dan juga cabaran yang bakal kami akan terlibat sama.

Aktiviti yang pertama akan kami sertai adalah menjajah Petaling Street, Kuala Lumpur dengan berkongsi lokasi makan terbaik yang terdapat disana di Aplikasi Seeties.

#MalaysiaWonders with Thailand Blogger - Boy Sadoodta at Petaling Street

Untuk itu, Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Dan Bro telah di pasangkan bersama Boy Sadoodta, pemilik blog www.sadoodta.com (Antara Blog Travel Berpengaruh di Thailand)

Anda boleh baca kisah pengembaraan kami di sini.

Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders

Kemudian,

Kami semua dibawa ke Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur untuk sesi sidang media dan juga bergambar bersama pihak penaja.

Terima kasih Bro ucapkan kepada pihak Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur kerana sudi menaja penginapan buat kami sepanjang kempen Malaysia Wonders berlangsung di Kuala Lumpur.

Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders

Bukan itu sahaja,

Pihak Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur juga turut menganjurkan cabaran teh tarik dan mocktail buat kami.

Anda boleh menyaksikan aksi Bro Framestone Buat Teh Tarik.

Blogger Malaysia & Thailand Jayakan #MalaysiaWonders

Pada sebelah malamnya,

Kami makan malam di Serai @ Pavilion KL untuk sesi terakhir pada hari tersebut sebelum bersurai pada keesokan harinya.

Menu yang disajikan tidak mengecewakan, dan Bro amat menikmatinya.

Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Seeties, Tourism Malaysia (Cawangan Thailand) dan pihak penaja yang menjayakan kempen Malaysia Wonders kali ini. Harap dilain masa, sudi menjemput Bro dan juga rakan-rakan blogger yang lain untuk turut serta menjayakan kempen yang mendatang.

Jangan lupa ikuti https://seeties.me/broframestone dan https://seeties.me/malaysiawonders

Kredit Gambar : Tian Chad ! Ayue Idris !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *