You are here
Home > Travel Blog > “Sisi Gelap” Walking Street, Pattaya, Thailand

17,692,669 total views, 6,395 views today

“Sisi Gelap” Walking Street, Pattaya, Thailand

Walking Street Pattaya, Thailand #AirAsia #FAMTrip
Walking Street, merupakan salah satu tarikan pelancong sekiranya datang ke Pattaya, Thailand terutama pada sebelah malam.

Di sini “Sisi Gelap” bermula seawal pukul 6 petang hingga pukul 2 pagi.

Apa yang Bro maksudkan dengan “Sisi Gelap”?

Oh, sini merupakan lokasi yang betul-betul hidup di waktu malam berbanding tempat lain disekitarkan. Meriah hampir setiap hari dengan kehadiran pelancong asing dan juga rakyat tempatan.

Ini menjadikan satu lokasi tumpuan ramai.

Segala apa yang anda “inginkan” terdapat di sini. Hinggakan ada satu kedai itu meletakkan kata-kata….

Walking Street Pattaya, Thailand #AirAsia #FAMTrip

“Good guys go to Heaven

Bad guys go to Pattaya”

Cuma Bro tak berminat nak kongsikan apa yang benar-benar ada di sini dalam artikel ini. Dari kata-kata tadi, pasti anda boleh gambarkan “apa sebenarnya yang ada disini”

Walking Street Pattaya, Thailand #AirAsia #FAMTrip

Walking Street Pattaya, Thailand #AirAsia #FAMTrip

Selain, kelab malam, pub dan disco terdapat juga restoran makanan laut, persembahan muzik secara LIVE dan lain-lain menambahkan lagi kemeriahan kawasan ini.

Yup, terdapat polis yang meronda di kawasan ini.

Maka anda tidak perlu risau sekiranya berlaku situasi yang tidak terkawal dan mungkin anda juga terlibat sama.

Sepanjang jalan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi ruang kepada Walking Street “bernafas” dari Beach Road ke Bali Hai Pier yang berjarak lebih kurang 2-3KM.

Wowwwwww….!! Panjang tue.

Dek kerana kemeriahan dengan warna-warni dari lampuneonnya, maka tempoh masa ia beroperasi dipanjangkan lebih dari pukul 2 pagi.

Bagi Bro yang pergi ke sana, Ada beberapa perkara menarik minat Bro.

Ops…..!!! Bukan tarian tiang, wanita atau “wanita” seksi, atau tawaran ehem ehem yang Bro maksudkan. Tetapi lebih kepada “Sisi Gelap”

Walking Street Pattaya, Thailand #AirAsia #FAMTrip

Ok, inilah “Sisi Gelap” Walking Street, Pattaya, Thailand.

Disebalik kegilaan terdapat sesuatu yang tidak mengambarkan “Walking Street Pattaya” pada sesetengah orang.

Rasanya persembahan dari Uncle jual ais krim Turki ini pasti mampu menyaingi persembahan yang ada disepanjang “Walking Street Pattaya”.

Memang tidak dapat dinafikan,

Bila ramai pengunjung berhenti dihadapan gerainya menyaksikan telatah pelangan yang “diusik” oleh kenakalan uncle ini sewaktu menyediakan ais krim yang di order.

Walking Street Pattaya, Thailand #AirAsia #FAMTrip

Di satu sudut lagi,

Terdapat pelukis-pelukis jalanan yang mengabadikan sentuhan mereka bagi pengunjung yang ingin gambar potret mereka dilukis diatas kanvas.

Setiap lukisan mengambil masa 1-2 jam pada harga yang amat berpatutan.

Walaupun banyak pihak mengelarkan ia sebagai “Bandar Dosa Thailand” atau “Sin City of Thailand” mahupun Syurga Dosa.

Bagi Bro, banyak perkara tentang Thailand anda boleh jumpa di sini.

Iklan : Kini AirAsia menyedikan 4x penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Pattaya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.airasia.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on ““Sisi Gelap” Walking Street, Pattaya, Thailand

Leave a Reply

Top