17,171,120 total views, 971 views today

Mengelilingi Dunia Bersama Travelling Beruang Dengan AirAsia

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsia
Baru-baru ini, Bro bersama rakan-rakan media & blogger menyertai FAM Trip ke Pattaya, Thailand yang merupakan destinasi terbaru AirAsia.

Sepanjang tempoh tersebut, kami dikehendaki bergambar bersama “Travelling Beruang” untuk mempromosikan Kempen Travelling Beruang yang sedang berlangsung.

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsiaKempen Travelling Beruang merupakan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser anjuran TV3 selepas kisah adik Hasmime Abdul Hamid (Mime) yang menghidapi kanser tersiar dalam rancangan ‘Bersamamu’.

Dalam masa yang sama, mengumpul dana khas buat kanak-kanak pesakit kanser di Malaysia.

Seperti rakan-rakan lain, kanak-kanak penghidap kanser ini juga menyimpan impian untuk melihat dunia, namun kondisi mereka tidak mengizinkan.

Oleh itu, kempen ini bertujuan membawa dunia kepada mereka, melalui seekor anak patung beruang yang akan mengelilingi dunia bagi pihak kanak-kanak ini.

Menyedari niat murni kempen ini serta bersedia dengan tanggungjawab sosial korporatnya, Air Asia tampil selaku penaja utama manakala Altel sebagai penaja bersama.

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsia

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsia

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsia
Nak berdukung la pulak…..

Kempen Travelling Beruang bertujuan memberi kesedaran mengenai kanser di kalangan kanak-kanak dan secara tidak langsung mengutip dana untuk pesakit seperti adik Mime serta ramai lagi kanak-kanak yang yang menghidapi penyakit kanser di Malaysia.

Ini adalah kerana kos perubatan yang besar adalah di antara halangan buat keluarga terlibat untuk mendapatkan kos pembedahan atau perubatan buat anak-anak mereka.

Tabung Travelling Beruang MAKNA

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsiaKempen yang akan berlangsung sepanjang tahun ini juga mengharapkan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia malah dunia menerusi sebuah tabung khas.

Tabung yang dinamakan Travelling Beruang MAKNA akan mengutip dana buat keperluan adik Mime serta kanak-kanak kanser lain yang memerlukan menerusi kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Anda boleh membantu dan menunjukkan sokongan untuk kempen istimewa ini dengan membeli anak patung eksklusif Travelling Beruang di dalam pesawat Air Asia penerbangan Malaysia

(Kod Penerbangan: AK sahaja)

Selain tu, anda juga boleh menderma terus kepada Tabung Travelling Beruang MAKNA (Nombor akaun Maybank: 514075616705)

Kredit gambar sebelah : Iena Eliena

AirAsia Bloggers Communities Support #TravellingBeruang Campaign #AABC #AirAsia

Ok, Fine….!!!

Trademark Bro Framestone pun dia tiru…. Dah ada gaya nak jadi Top Travel Blogger dah nie. Gambar dia ada je dekat mana-mana, seluruh dunia.

Tak percaya?

Check hashtag #TravellingBeruang dekat Instagram.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Mengelilingi Dunia Bersama Travelling Beruang Dengan AirAsia

  1. Teringin nak snap destinasi yang pergi dengan gambar storm troopers.

    1. Silakan..

      Bro dah snap semua detinasi yang Bro pergi dengan muka Bro sendiri he…23x

  2. air asia bijak dalam promosi…otak artis dari geng jason lo haha…mas ade jgk plush captain bear namun sekadar cenderahati…

    1. Maybe MAS tak beberapa nampak impak besar yang mampu mereka buat… Mungkin mereka perlukan orang muda dengan pemikiran model untuk berada di atas.

  3. omeinye yang peluk air asia travellingberuang tu hehe

    1. mau x comel… baru bangun tido kot… Tengah cover air liur basi dekat mulut

  4. gua punya beruang masih dalam kotak lagi haha

  5. Amboii..gambar last tu sebiji sama dngan tuannya..haha

  6. patung ni dah selamat masuk dalam almari kaca

Leave a Comment