17,153,000 total views, 4,304 views today

Telefilem Kemuncak Kepada Kempen Travelling Beruang

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Barisan Pelakon Travelling Beruang
Kempen Travelling Beruang yang mula dilancarkan secara rasminya sejak 9 Jun lalu kini hampir ke kemuncaknya apabila telefilem Travelling Beruang itu bakal disiarkan di TV3 pada 31 Oktober dan 1 November 2015 nanti.

Siapa menyangka idea asal yang bermula dengan telefilem menjadi lebih bermakna apabila sebuah kempen tercipta untuk mendapatkan dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia.

Malah telefilem ini merupakan karya pertama seumpamanya yang didedikasikan untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat. Sebagai rekod, sejumlah RM111,645 berjaya dikutip daripada Air Asia selaku penaja utama, Altel penaja bersama dan TV3 sebagai stesen rasmi.

Sumbangan itu diberikan menerusi penjualan patung Travelling Beruang yang mendapat sokongan orang ramai.

Menampilkan barisan pelakon hebat dengan nama-nama besar seperti Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Yana Samsudin, Zara Zya, Zul Huzaimy dan Ammar Titan, telefilem yang mempunyai dua bahagian ini dijangka bakal mendapat perhatian penonton menerusi jalan ceritanya yang penuh inspirasi.

Sinopsis Telefilem Travelling Beruang, anda boleh baca di SINI.


Kempen Travelling Beruang diwujudkan bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia.

Tabung Travelling Beruang MAKNA diwujudkan oleh TV3 dan MAKNA bagi memudahkan masyarakat memberi sumbangan untuk tujuan amal ini. Bantuan anda mampu membuat perubahan di dalam kehidupan mereka.

Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang

Bahagian 1 kisah penuh inspirasi ini telah ditayangkan di pawagam lebih awal untuk sesi Tayangan Amal Telefilem Travelling Beruang di mana orang ramai telah mengambil peluang untuk menonton sambil beramal.

Setiap tiket dijual dengan harga RM25 di mana hasil kutipan diserahkan kepada Tabung Travelling Beruang MAKNA. Sesi tayangan itu telah diadakan dengan kerjasama rakan penaja iaitu Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall.

Di dalam tayangan amal utama pada 24 Oktober 2015, orang ramai berpeluang menonton bersama para pelakon telefilem tersebut di GSC, Tropicana City Mall.

Manakala pada 25 Oktober pula, sesi tayangan amal khas itu diadakan di TGV, The Mines Shopping Mall yang turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis seperti Zul Ariffin, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Fezrul Khan, Ruhainies, Adibah Yunus, Shukri Yahya, Zahirah Macwilson dan Ezzaty Abdullah.

Acara tayangan amal ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang apabila dua bahagian telefilem tersebut bakal ditayangkan di TV3 pada 31 Oktober dan 1 November jam 9.00 malam.

Namun kutipan dana bagi pesakit kanser kanak-kanak Malaysia akan tetap diteruskan kerana orang ramai masih boleh menderma ke Tabung Travelling Beruang MAKNA menerusi akaun 5140 7561 6705 (Maybank).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Telefilem Kemuncak Kepada Kempen Travelling Beruang

  1. Kalau menonton ini tentu tidak jadi kerja.

    1. hehe apa salahnya luangkan sikit masa untuk menonton teleflm ni 😀

  2. hmmm..tak smepat pula gua nak follow telemovie ni

Leave a Comment