Kini makanan Malaysia yang popular di kawasan Pantai Timur tanah air iaitu Nasi Dagang juga anda boleh nikmati dalam penerbangan AirAsia.
Nasi Dagang dengan Kari Ayam adalah menu utama pilihan AirAsia untuk di perkenalkan ke seluruh negara yang mereka jejaki dan juga semua pengguna penebangan AirAsia dan AirAsia X.
Kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X kini telah tersedia hidangan ini yang boleh di tempah secara online mahupun pembelian di dalam pesawat.
Sekiranya membuat tempahan secara pra-tempahan iaitu online akan dapat potongan sehingga 20%.
Selain Nasi Dagang,
Terdapat juga menu yang baru seperti Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki, Sandwich Pizza Ayam Salai dan Balutan Satay Ayam serta Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.
Ok, maybe next time nak try menu yang lain pula.
Info lanjut anda boleh layari www.airasia.com
wah dh ada menu nasi dagang..nmpk menarik
Jangan lupa order nanti… Sedap…!!
Ini kalau dapat rasa tentu makan sehingga butie beras yang terakhir. :)
dh lama plak rasa tak naik flight..cun lagi ke pramugari Air Asia?hehehe
terbaik air asia, , menu traditional best tambat selera local n international people
pergh, cara gak. nasi dagang tu