April 25, 2024

Kehadiran Abang Mamat Khalid di Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

Mamat Khalid Terjah Bro Char Kuey Teow Tg Malim
Baru-baru ini kami di Bro Char Kuey Teow & Lampuneon Cafe, Tg Malim menerima kunjungan mengerjut dari Abang Mamat Khalid.

Walaupun bukan kejutan sangat, sebab disini merupakan salah satu port pilihan beliau, sekiranya datang ke Tg Malim, Perak.

Yang pasti, ramai pelangan yang datang macam terkejut dan ingin bergambar dengan beliau.

Beliau datang betul-betul time Bro tengah bermain api dalam kuali untuk sewaktu menyediakan #CharKueyTeow terbaik kami kepada pelangan.

Menjulang-julang tue.

Lama juga tak bersembang dan berjumpa dengan beliau, setelah sebulan fokus pada peniagaan Bro Char Kuey Teow. Banyak event & press conference yang beliau buat tidak dapat disertai.

Anyway, terima kasih sebab ingat pada Bro yang biasa-biasa nie.

Dan terima kasih juga untuk “kisah” yang terjadi kepada rakan Bro – Arwah Azwan (Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah) yang meninggal dunia tempoh hari.

Al-Fatihah….

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe

Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat. Bila nak dekat sampai, gunakan Google Maps sebagai rujukan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Kehadiran Abang Mamat Khalid di Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

  1. Tahniah bro.
    Semoga bisnes tambah maju dan makin maju malah berjaya juga.
    Terlalu banyak char kuew teow di luar sana…tapi untuk mencari yang sedap sangatlah susah.
    Harapnya bro la orang yang buat sesedap itu.

  2. Dengan kehadiran Pengarah Filem yang tersohor , ia mungkin dapat menaikkan jenama CharKuewTiaw Bro Framestone dan kawan lihat pada setiap hari bro sentiasa mempromosikan CharKuewTiaw bro ini. Marketing dulu, kendian produknya.
    Hasilnya terbaik..

Leave a Reply to Hasif Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *