Wake Me Up When September Ends

16,900,840 total views, 397 views today

Wake Me Up When September Ends

Bro Char Kuey Teow

Lagu “Wake Me Up When September Ends” dari Green Day ini mempunyai auranya yang tersendiri setiap kali bulan September tiba.

Maka dengan ini, genap sebulan juga Bro berniaga Char Kuey Teow di Tg Malim sebagai kerjaya terkini.

Alhamdulillah,

Bulan pertama beroperasi sudah mendapat respon yang menggalakan dan ada yang bagi komen ianya sedap, so so dan ada juga yang datang dengan niat untuk mengkritik.

Mana kritik yang baik, saya akan terima dan cuba baiki.

Cuma, ada segelitir yang mengkritik hanya berani di laman sosial sekaw-kawnya walaupun itu merupakan kali pertama dia datang.

Expectation dia, Char Kuey Teow kami mesti sesedap Char Kuey Teow yang pernah dia rasa.

Rasanya, tak perlu kot bandingkan Char Kuey Teow kami dengan Char Kuey Teow yang femes atau popular. Ini kerana, kami menggunakan resepi kami sendiri, dimana kami mensasarkan untuk jadi tarikan baru di Tg Malim, Perak dimasa akan datang.

Mamat Khalid Terjah Bro Char Kuey Teow Tg Malim

Dan tadi, kami terima kunjungan yang tidak diduga dari Pengarah Berbakat Besar di Malaysia – Abang Mamat Khalid. Tidak lama lagi, dia akan lancarkan projek terbaru beliau di Tg Malim.

So kalau anda nak rasa, Char Kuey Teow macam kami, mereka perlu mai ke Tg Malim.

Itu sahaja.

Kami tak cakap, ianya sedap atau yang terbaik berbanding Char Kuey Teow yang sedia ada di Tg Malim. Termasuk kami, ada 7 gerai Char Kuey Teow untuk anda pilih di Tg Malim.

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe
Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat. Bila nak dekat sampai, gunakan Google Maps sebagai rujukan.

Di sini, Bro ingin listkan rakan blogger yang menjadi pengomen tegar di blog ini pada bulan September 2015:-

  1. Aku Biomed
  2. Mselim3
  3. Sabree Hussin
  4. Huda
  5. Jie Susanos
  6. Nurul
  7. Anarm
  8. Belang Tarung
  9. Cikgu Bella
  10. Eina
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)