April 19, 2024

Member “Nakal” Bercita-Cita Nak Jadi Pengetua Sekolah

Hafiz Norhakim Bekas Pelajar Jadi Pengetua
Terkejut bila dapat tahu bekas rakan sekolah yang agak nakal dan selalu kena marah masa sekolah dulu, dah bergelar cikgu.

Yang tak boleh blah, dia kini memegang jawatan sebagai Penolong Kanan.

Muda lagi kot, dah jadi Penolong Kanan.

Tapi katanya, itu adalah rezeki dan menyingkatkan lagi perjalanan beliau untuk jadi Pengetua Sekolah nanti.

Wah…..!!! Tinggi betul cita-citanya, alhamdulillah.

Member satu asrama dan satu sekolah di SMK Anderson, Ipoh ini singgah perkena Bro Char Kuey Teow di Tg Malim sewaktu dalam perjalanan dari KL pulang ke Ipoh baru-baru ini.

Terima kasih Hafiz Hakim sebab sudi singgah dan perkena Char Kuey Teow aku.

If seingat aku, lepas kita habis sekolah dulu, ini kali ke-2 kita berjumpa selepas perkahwinan ketua kelas kita, Ahmad Danial.

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe

Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat.

Bila nak dekat sampai, akan nampak stesen KTM Tg Malim disebelah kiri selepas anda jumpa Masjid Tg Malim. Jalan terus, anda akan jumpa simpang sebelah kanan, masuk simpang itu (Simpang itu betul-betul sebelum flyover).

Boleh rujuk Google Map bila berada berdekatan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Member “Nakal” Bercita-Cita Nak Jadi Pengetua Sekolah

    1. Sesekali jumpa kawan. Ramai yang sudah tukar status. Ada menjadi pensyarah di fakulti kejuruteraan dan ada yang tengah buat Phd. Kawan-kawan satu dorm pulak tuh. :)

Leave a Reply to ohsempapa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *