You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > #JajahanJoHaRaKFC – Kerian Sentral Mall, Parit Buntar Meriah

#JajahanJoHaRaKFC – Kerian Sentral Mall, Parit Buntar Meriah

Jajahan JoHaRa di Kerian sentral Mall, parit Buntar
Selepas mendapat sambutan menggalakan sewaktu Jajahan JoHara di Seremban Prima Mall pada minggu lepas.

Minggu ini, Parit Buntar menjadi lokasi kedua mereka membuktikan JoHaRa masih mempunyai peminat diluar bandar yang menanti-nantikan kehadiran mereka.

Kehadiran Johan, Hanif dan Ray yakni trio penyampai radio di Era FM amat dinantikan oleh pendudukan sekitarnya.

dimana seawal pukul 2 petang, kawasan di depan pentas utama telah sesak dipenuhi peminat mereka yang sanggup berdiri menanti kehadiran mereka yang sepatutnya bermula pukul 3 petang.

Bro yang datang sebagai media juga agak sukar untuk melepasi peminat-peminat mereka untuk tiba ke belakang pentas. Terima kasih kepada pihak keselamatan yang sudi membantu Bro dan rakan media yang lain.

Acara dimulakan awal dengan aktviti menjawab kuiz berkenaan JoHaRa dan KFC Ayam Masak Merah Jumbo Rice di mana para peminat dapat membawa pulang hadiah istimewa.

Bagi memeriahkan Jajahan JoHaRa kali ini, ia turut disertai oleh Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Sleeq dan Ir Radzi.

Jajahan JoHaRa Kerian Sentral Mall, Parit Buntar
Aksi Ayda Jebat berselfie bersama peminat beliau disana.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA

**** Bro Framestone @ Jajahan JoHaRa – Kerian Sentral Mall ****

Jajahan JoHaRa Kerian Sentral Mall, Parit Buntar

Dah habis, baru berkesempatan naik atas pentas bergambar.

Jajahan JoHaRa Kerian Sentral Mall, Parit Buntar

Jangan jeles tengok Bro bergambar dengan artis kesukaan korang. Cuba teka dengan siapa Bro bergambar?

Hint : Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Sleeq dan Ir Radzi.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “#JajahanJoHaRaKFC – Kerian Sentral Mall, Parit Buntar Meriah

Leave a Reply

Top