17,159,484 total views, 50 views today

Huawei Honor 7 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM1,399

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Huawei honor 7 Malaysia RM1,399
Honor Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu honor 7 untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,399.

Ianya akan mula dijual secara rasmi bermula 28 September 2015.

Bagaimanapun tempahan awal boleh dibuat mulai 21 September 2015 pukul 1 petang di www.vmall.my.

Huawei honor 7 Malaysia RM1,399

Bagi 1000 pembeli pertama, akan menerima kad mikro-SD 32GB dari mereka. Paling menarik, honor akan menawarkan gantian untuk skrin yang pecah dalam tempoh 6 bulan pertama.

honor 7 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dilengkapi dengan cip Kirin 935 yang dibangunkan oleh Huawei dibawah jenama Hi-Silicon. Peranti ini menggunakan memori 3GB RAM dan bateri berkapasiti 3100mAh.

Honor 7 Dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,399

Hadir dengan 2 jenis warna pilihan – Mystery Gray dan Fantasy Silver menjadikan ia nampak lebih elegant dan memaparkan gaya penggunaan yang lebih premium.

Terdapat satu fungsi baru yang disertakan pada honor 7 – sokongan pengimbas cap jari pada bahagian belakang yang mana dikatakan beroperasi lebih pantas daripada TouchID yang terdapat iPhone.

Wowww….!!!

Anda boleh log masuk dari skrin kekunci peranti dengan hanya membuat imbasan cap jari.

Huawei honor 7 Malaysia RM1,399

Selepas dimasukkan data cap jari pengguna, anda boleh menggunakan sokongan tersebut daripada pelbagai sudut berbeza.

honor 7 hadir dengan kamera belakang 20-megapixel f2.0, serta dilindungi dengan kaca sapphire. Turut disertakan kamera 8-megapixel dengan lensa rakaman luas pada bahagian hadapan.

Honor 7 Dilancarkan di Malaysia pada harga RM1,399
Tak sabar nak memiliki honor 7 ini. Apa-apa pun nantikan review lengkap tentang telefon pintar ini dari Bro tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang honor 7 anda boleh layari laman www.hihonor.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Huawei Honor 7 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM1,399

  1. dh dpt adiah menang contest honor 7 ni..tk sempat belek2 lg..nk bc bro review nanti

  2. ohh.. Cantiknya model tu..

    ohh maaf,,,maksudnya handphone tu

  3. nampak sungguh exclusive design honor 7 ni

  4. dah guna ke bro? macam mane kasi berapa rating

Leave a Comment