April 18, 2024

Digi WWWOW Awards 2015 Kini Kembali

DiGi WWWOW 2015
Digi WWWOW Awards kembali lagi tahun ini,

Ianya bertujuan untuk mencari individual yang bercita-cita menjadikan dunia maya/Internet ini sesuatu yang lebih hebat.

Dengan menghimpunkan mereka bersama-sama, akan menjadikan ia lebih menghiburkan, membantu, pendidikan, dan boleh diakses melalui perkhidmatan yang inovatif dan produk baru.

Kali ini, terdapat 8 kategori dipertandingankan sempena Digi WWWOW Awards, antaranya adalah :-

  1. Videos & Photpgraphy
  2. Social Influencers
  3. Independent Publishers
  4. Web commerce
  5. Mobile app commerce
  6. Social media commerce
  7. Social impact
  8. Social gathering

Jika anda antara anda atau kawan anda, yang anda rasa sesuai dan layak untuk bertanding. Apa kata anda calonkan mereka mengikut kategori yang dipertandingkan.

Kalau susah-susah sangat, calonkan Bro sahaja he…23x

Penyertaan dan percalonan boleh dibuat mulai 14 Sept hingga 12 Oct 2015 dan undian orang ramai akan berlangsung pada 19 – 30 Oct 2015.

Bagaimanapun kemenangan bukan ditentukan pada jumlah undi yang diterima. Mereka yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori akan diadili oleh juri-juri profesional pada 13 Oct – 12 Nov 2015.

Kiranya, waktu itu anda dipantau sama ada layak atau tidak untuk dinorbatkan sebagai pemenang.

Dan pemenang akan diumumkan pada 20 November 2015 (rasanya pemenang akan dihubungi dahulu dan dijemput hadir pada malam pengumuman itu nanti).

Nur Elfyna - Anak BroFramestone

Dalam banyak-banyak katergori yang dipertandingkan, Bro macam berminat dengan kategori ke-4 : Web Commerce.

Sebab Bro menjadikan blog-blog milik Bro sebagai lubuk pendapatan. Walaupun tak segah laman web yang lain. Tapi pendapatan yang Bro terima amat memuaskan.

Lagipun masanya flexible dan dalam masa yang sama tak menganggu tugas harian Bro sebagai househusband.
Nampak tak, nak buat kerje pun letak anak dekat sebelah.

Rajin Nur Elfyna teman daddy dia buat kerja.

RM10,000 Untuk Dimenangi

Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000. Paling menarik, mereka juga berpeluang untuk duduk bersama dengan pakar-pakar industri berkaitan dengan mereka.

Ini bukan duduk saja tau.

Mereka akan menerima bimbingkan dan tunjuk ajar dari peneraju industri bagi mengetengahkan produk/perkhidmatan yang ada sekarang ke tahap lebih tinggi melalui kempen yang luar biasa.

Antara peneraju industri yang terlibat :-

DiGi WWWOW - Leader Industry

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.wwwow.my/ dan kongsikan di laman sosial dengan hashtag #DGWWWOW

All da best..!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Digi WWWOW Awards 2015 Kini Kembali

Leave a Reply to shamyheart Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *