March 28, 2024

16 September – Bro Char Kuey Teow Diserbu Rakan Blogger Dari KL

Rakan Blogger Bro Char Kuey Teow Tg Malim
16 September 2015 merupakan tarikh keramat bila bisnes Bro Char Kuey Teow diserbu oleh rakan blogger yang sudi mai menaiki ETS.

Bro pun tak pernah naik ETS lagi tau.

Paling menarik bila ada rakan-rakan yang lain ingin turut serta datang bersama mereka. Kira dah jadi mini gathering blogger la pulak.

Terima kasih sesangat untuk kejutan ini. Cakap 2-3 orang, yang mai macam satu ETS la pulak.

Boleh tanya mereka, order masuk tidak putus-putus dan Bro susah nak layan berbual dengan mereka. Mungkin mereka pembawa rezeki kepada Bro semalam.

Antara rakan yang mai semalam (seperti dalam gambar) :-

  • Eazy Izzuddin (Selamat Pengantin Baru)
  • Halim Brothers
  • Nur Aizuddin & Isteri
  • Yatt Akasah
  • Iena Eliena (Dah macam pelangan tetap je nie)
  • Uncle Zuan (Mai dari Senawang)

Memang terharu sangat. Jika ada terkurang itu, harap korang sudi halalkan he…23x Maaf, Bro tak boleh nak open table sangat.

Kalau open udang lebih tue, boleh la :)

Cuma terkilan bila tiada sorang pun nak repeat order. Dengar cerita memasing memalu nak order lagi dan tertunggu-tunggu ada tak yang nak order, baru dorang order lagi.

Iena Eliena Eazy Izzuddin di Bro Char Kuey Teow

Amboi sedondon korang ek…!!!

Pakat ke nak pakai baju sama-sama nak mai sini. Dah macam duta Bro Char Kuey Teow je korang nie.

Next time leh mai lagi.

Bawa geng-geng lain pula. If ada rezeki lebih, Bro boleh open table udang galah…. Cuma tak seberapa besar je la. Nantikan menu terbaru dari Bro tidak lama lagi.

Video pendek Bro bermain api.

Selama ini, budak-budak je yang sanggup berdiri depan gerai Bro untuk tengok aksi api menjulang-julang dalam kuali.

Kali ini, “Budak-budak” besar pula yang lepak depan gerai ternanti-nanti saat seperti ini untuk dirakam.

Rakan Media Bro Char Kuey Teow

Tidak lama selepas itu,

Bro menerima kunjungan dari rakan media yang kebetulan on da way balik ke KL selepas menaiki gunung berdekatan dengan Cameron Highland (katanya).

Senyap-senyap je mai…..

Terima kasih beb, terima kasih juga untuk cadangan penambahan baikan untuk mempromosikan Bro Char Kuey Teow pada umum.

Mohd Zarin Bro Char Kuey Teow Tg Malim

Ingatkan ini sahaja teman blogger/media yang mai.

Sekali pasangan blogger Mohd Zarin & isteri dari Shah Alam juga sudi mai semata-mata nak try Bro Char Kuey Teow kami.

Terharu sesangat.

Sebab mereka selama ini, memang teringin nak rasa. Cuma tidak berkesempatan nak datang ke sini.

Macam terkilan je, tidak dapat kumpulkan mereka serentak. Dapat juga mereka berbual & berkenalan antara satu sama lain.

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe
Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Isnin – Jumaat)

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat.

Bila nak dekat sampai, akan nampak stesen KTM Tg Malim disebelah kiri selepas anda jumpa Masjid Tg Malim. Jalan terus, anda akan jumpa simpang sebelah kanan, masuk simpang itu (Simpang itu betul-betul sebelum flyover).

Boleh rujuk Google Map bila berada berdekatan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “16 September – Bro Char Kuey Teow Diserbu Rakan Blogger Dari KL

  1. Congrats in ur new venture, bro! Kalau datang Perak confirm Arisha singgah makan char kuey teow bro. Lagipun, char kuey teow memang favourite Arisha., 1 plate isn’t enough sometimes! Hahaha.

    1. Jumaat nie buka, xboleh buat apa-apa beb… Aku menumpang kedai orang. Sabtu tg Malim banyak kedai tutup sebab ada pasar malam. Ahad kedai tue buka sekerat hari..

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *