You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Filem Hong Kong – To The Fore Martabatkan Sukan Berbasikal

Filem Hong Kong – To The Fore Martabatkan Sukan Berbasikal

Filem To The Fore
Baru sahaja menonton salah satu Filem dari Hong Kong – To The Fore di Pavilion, Kuala Lumpur.

To The Fore adalah sebuah filem bertemakan sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan, keberanian, cabaran gentir, drama dan air mata yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional.

Satu filem yang agak menarik bagi Bro untuk anda tonton, lebih lagi kepada mereka yang masih samar-samar tentang sukan berbasikal.

Filem ini memaparkan aksi-aksi lasak sukan berbasikal yang mendebarkan dan himpunan terbesar di dunia. Ianya pasti diminati para penonton – sama ada anda peminat sukan berbasikal atau pun para peminat filem.

Tidak terkira jika anda pernah ataupun tidak pernah menyaksikan perlumbaan sukan basikal, To The Fore adalah sebuah filem disaji dengan tugasan keberanian, kelajuan dan cabaran gentir, yang pasti akan memperkenalkan anda kepada dunia sukan perlumbaan basikal!

Walaupun filem ini mengenai sukan perlumbaan basikal, pengarah Dante Lam meminjamkan sentuhan tandatangan beliau dan memberi tumpuan kepada drama watak-watak filem untuk memajukan plot. Mengikut bersama peserta-peserta muda ini dalam perusahaan mereka untuk mencapai matlamat tersendiri, dan mengetahui apa yang harus dilakukan mereka demi mencapai impian.

Sinopsis Filem To The Fore

Poster To The ForePelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) adalah orang yang paling penting di dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”.

Dua orang pelumba baru, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan.

Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya.

Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka.

Namun begitu percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.

Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan.

Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh ambisi sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk.

Akhirnya mereka bertiga berpisah dengan tarik diri dari pasukan dan meneruskan kerjaya masing-masing.

Walaubagaimana pun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik.

To The Fore diterbitkan bersama oleh Emperor Motion Pictures, Evergrande, iQiyi, Sunning &Huace Media. Filem ini diarahkan oleh Dante Lam dan menampilkan pelakon hebat seperti Eddie Peng, Choi Siwon, Shawn Dou, Wang Luodan, Carlos Chan, Nana Au-Yang dan Andrew Lin.

To The Fore diedarkan oleh RAM Entertainment akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 6 Ogos 2015.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Filem Hong Kong – To The Fore Martabatkan Sukan Berbasikal

Leave a Reply

Top