You are here
Home > Iklan > Shell Malaysia Lancar Kempen “Welcome to Shell”

17,290,400 total views, 315 views today

Shell Malaysia Lancar Kempen “Welcome to Shell”

Kempen Welcome to Shell
Shell Malaysia telah melancarkan kempen “Welcome to Shell”, satu program transformasi yang menjangkau jangka masa beberapa tahun.

Program ini berkonsepkan industri hospitaliti dan melayan para pelanggan sebagai tetamu. Menerusi perkhidmatan yang peribadi dan ramah mesra, program ini beriltizam memaksimumkan pengalaman mereka di stesen-stesen Shell di seluruh negara.

Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan program Welcome to Shell yang bakal dilaksanakan secara berperingkat.

Program komprehensif ini melibatkan latihan dan perkhidmatan hospitaliti bagi memberi jaminan pengalaman terbaik kepada pelanggan, disamping menawarkan pelbagai tawaran baharu serta penambahbaikan di kedai-kedai Shell, antaranya menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman di bawah jenama deli2go.

Selain itu, kelengkapan-kelengkapan di stesen Shell seperti surau dan tandas juga akan ditambahbaikan dari masa ke semasa. Menurut perancangan Shell, program ini akan mengambil masa selama tiga tahun dan dijangka selesai pada tahun 2017.

Kempen “Welcome to Shell”

Dalam program Welcome to Shell, satu latihan komprehensif yang membabitkan lebih 8,000 orang kakitangan di stesen-stesen Shell sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dijangka tamat pada 2016.

Kakitangan juga akan diberikan peluang untuk mewujudkan pengalaman positif bagi di kalangan pelanggan yang mengunjungi stesen Shell.

Shell juga akan memberikan wajah baharu kepada kedai Shell Select mengikut reka bentuk baru yang telah memenangi anugerah, serta menyediakan makanan dan minumannya di bawah jenama deli2go yang menawarkan kopi serta pastri yang segar.

Di samping itu, dari segi kelengkapan baharu, penambahbaikan juga telah dirancang untuk stesen-stesen terpilih, termasuk surau dan tandas, kawasan berehat dengan kemudahan Wi-Fi dan mengecas semula peralatan elektronik.

Shell akan terus menerajui standard keselamatan yang terbaik melalui program Welcome to Shell.

Para pemandu boleh mendapatkan bantuan di stesen-stesen Shell apabila diperlukan, kerana kru Shell telah dilatih untuk membantu para pelanggan dalam pelbagai keadaan kecemasan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Welcome to Shell, sila layari www.shell.com.my.

*** Klik DI SINI untuk versi English ***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Shell Malaysia Lancar Kempen “Welcome to Shell”

    1. Sepanjang pengalaman gua mengisi minyak… selalunya yang comel2 gadis dekat plaza tol je…. eh eh… ada sekali tue, macam adik beradik je kerja dekat stesyen minyak masa on da way balik johor…

      bergetar tulang rusuk tengok dorang he…23x

Leave a Reply

Top