You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Majlis Pelancaran Album Shazzwan – Titipan Banduan Muda

Majlis Pelancaran Album Shazzwan – Titipan Banduan Muda

Shazzwan - Titipan Banduan Muda, Yayasan Raja Muda Selangor
Baru-baru ini, Bro telah hadiri majlis pelancaran album penyanyi yang lahir dari program ‘Talent Of The World’ -Shazzwan yang bertajuk “Titipan Banduan Muda” di Hard Rock Cafe , Kuala Lumpur.

Tahniah Bro ucapkan kepada beliau yang berbakat besar yang mampu menyerikan industri musik di Malaysia.

Pelancaran album Hip Hop ini telah dilakukan sendiri oleh Raja Muda Selangor iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj.

Shazzwan atau nama sebenarnya Muhammad Syazwan Shawaluddin, artis Hip Hop dan juga seorang penerbit telah mendapat sokongan penuh dari Yayasan Raja Muda Selangor ( YMRS ).

Beliau boleh dikategorikan antara remaja bermasalah satu ketika dulu dimana beliau pernah dipenjara dan ditahan di pusat tahanan juvana.

Hasil latihan yang diterima di bawah program ‘Talent For The World’ anjuran YMRS , telah membuka lembaran baru buat beliau.

Shazzwan - Titipan Banduan Muda, Yayasan Raja Muda Selangor

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini :-

  1. Titipan Banduan Muda – feat MAL
  2. Aku Tak Kisah
  3. Aku Udah Turun
  4. Cakap Dalam Gelap
  5. Dosa Menghantui
  6. Hidup
  7. Every Single Morning
  8. You’re My’ – feat Tisha Shamsir.

Album ‘Titipan Banduan Muda’ akan berada di pasaran dan juga iTunes pada 4hb September 2015.

Jangan pula ikuti perkembangan Shazzwan di www.facebook.com/shazzwan.mss dan juga www.instagram.com/shazzwan.mss. Teruskan menyokong perjalanan seni beliau.

Shazzwan - Titipan Banduan Muda, Yayasan Raja Muda Selangor

Shazzwan - Titipan Banduan Muda, Yayasan Raja Muda Selangor

Shazzwan - Titipan Banduan Muda, Yayasan Raja Muda Selangor

Yayasan Raja Muda Selangor

Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) was launched in 2003 by D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, the Sultan of Selangor Darul Ehsan.

It was established based on the concern by the Sultan on the number of unemployed youths and the associated problems, and the Sultan’s firm belief that there are youths who are not academically-inclined but have hidden talents and skills that can be nurtured.

These youths, if given a chance and proper guidance, will be able to achieve their dreams in their field of interest.

YRMS offers help to youths between the ages of 18 to 29 years. YRMS supports the young people by helping them to develop their confidence and motivation, skills and talents, enabling them to be employed.

This opportunity is open to all youths in the country, of all races and religion. The target group are youths who are from poor families and not academically-inclined especially those with hidden talents and skills.

For more information about YRMS, visit www.yrms.org.my.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Majlis Pelancaran Album Shazzwan – Titipan Banduan Muda

Leave a Reply

Top