You are here
Home > Bersama BroFramestone > Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

17,456,169 total views, 8,638 views today

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - Majlis Pertunangan Sepupu
Cinta dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.

Tertiba terfeling seketika, bila bergambar di depan Masjid Wilayah ini. Dengan faktor cuaca dan tahap kelembapan udara buat diri terasa macam berada di luar negara.

Tertiba teringat tentang Drama “Rindu Bertamu Di Abu Dhabi” lakonan Fahrin Ahmad satu ketika dahulu.

Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali).

Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta.

Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous).

Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?

Apa Bro Buat di Masjid Wilayah

Ini bukan kali pertama Bro singgah ke Masjid Wilayah. Selalunya Bro datang hanya untuk solat Jumaat.

Tiada kesempatan nak bergambar macam ini.

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta.

Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - Majlis Pertunangan Sepupu

Ok, hampir 16 kereta berkumpul (ada yang tiada dalam gambar) di Masjid Wilayah untuk konvoi mengiringi sepupu Bro dari Johor bertunang dengan pilihan hatinya di Segambut Dalam.

Ini sepupu sebelah keluarga puan isteri.

Ramaikan…!!!

Ada yang tidak dapat hadir juga. Bro dah pernah kena dulu sewaktu bertunang. Memang meriah walaupun last minit punya plan he…23x

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi - Majlis Pertunangan Sepupu

Ok, Ini la sepupu Bro yang bertunang itu.

If nampak dia dekat memana dengan perempuan lain (Gambar tunang dia tak sempat amik, sebab Bro pergi melantak dahulu). Sila inform he…23x Tahniah Bro ucapkan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Leave a Reply

Top