Cabaran Raja Tarik F&N 2015
JB Selamba dinorbatkan sebagai juara Cabaran Raja Tarik F&N 2015 yang berlangsung di ruang legar Quill City Mall baru-baru ini.

Sekaligus, membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000.

Pertandingan ini anjurkan oleh F&N Dairies Malaysia dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 42,000 untuk kategori A (Pengusaha F&B) dan kategori B (Orang Ramai).

Cabaran Raja Tarik F&N 2015

Pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2015 ini di pilih berdasarkan prestasi dan penyediaan Teh Tarik Kawin, koreografi yang di persembahkan, kemahiran dan kreativiti.

Ianya di hakimi oleh panel hakim jemputan yang terdiri daripada Pemenang MasterChef Selebriti Malasyia Musim 1 Dato’ Fazley Yaakob, Mr. Andy Miller, Ketua Pegawai Ekskutif, Vizeum Media Services Malaysia dan En. Jauhar Munir , Pengurus Besar Pemasaran, F&N Dairies Malaysia.

Cabaran Raja Tarik F&N 2015

Untuk pengetahuan anda,

Sepanjang pertandinagn Cabaran Raja Tarik F&N 2015 ini berlangsung, ianya telah dirakamkan dakan akan ditayangkan di TV3 pada 16 Ogos 2015 (Ahad) pada pukul 6:30 petang, dan di TV9 pada 19 Ogos 2015 pada pukul 10 malam.