You are here
Home > Iklan > DBKL KL Orchid and Bonsai Show 2015 di Taman Botani Perdana

DBKL KL Orchid and Bonsai Show 2015 di Taman Botani Perdana

DBKL KL Orchid and Bonsai Show 2015
Hai anda semua. Apa aktiviti dan perancangan anda pada hujung minggu ini?

Bro nak ajak korang datang dan memeriahkan DBKL KL Orchid and Bonsai Show 2015 yang diadakan di Taman Botani Perdana (dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana) dari 07 -16 Ogos 2015.

Nampak macam menarik je kan?

Untuk pengetahuan anda, Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) merupakan kesinambungan dari Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 yang telah diadakan pertama kali di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Mac 2012.

Begitu juga dengan Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2014 (KLOBS14) yang diadakan di lokasi sama pada tahun 2014.

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015

KL Orchid and Bonsai Show 2015 akan diadakan pada 07 -16 Ogos 2015 (selama sepuluh hari).

Ianya akan dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan pada Sabtu 08 Ogos 2015 pukul 9 pagi.

Anda boleh lawati KL Orchid and Bonsai Show 2015 diantara pukul 9.30 pagi – 10.00 malam (Sabtu & Ahad) dan 9.30 pagi – 7.00 malam (Isnin – Jumaat ).

Festival ini dimeriahkan dengan pameran dan pelbagai aktiviti berunsurkan tumbuh-tumbuhan atau bunga-bungaan seperti pertandingan hiasan, arca dan aktiviti-aktiviti lain di samping menjual pelbagai sajian makanan.

Matlamat utamanya, adalah meningkatkan kualiti dan budaya hidup sihat dikalangan semua lapisan masyarakat. Dalam masa yang sama membudayakan semangat cintakan keindahan berasaskan pemuliharaan alam semulajadi.

Secara tidak langsung, ianya dapat mempromosikan Kuala Lumpur amnya dan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur secara khususnya kepada masyarakat antarabangsa dan dalam negara.

Peta Acara KL Orchid and Bonsai Show 2015

Peta Acara KL Orchid and Bonsai Show 2015

Untuk pengetahuan anda,

KL Orchid and Bonsai Show 2015 telah dibahagikan kepada beberapa seksyen bagi memudahkan anda melawati antara satu perhentian ke perhentian yang lain.

Secara tidak langsung memastikan anda tidak terlepas mana-mana seksyen yang terdapat pada pameran kali ini.

Paling penting,

Terdapat gerai makanan dan kawasan untuk anda bersantai berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Dengan ini, mampu menjadikan minggu anda terisi dengan aktiviti berfaedah dan mesra alam.

Peta Lokasi ke KL Orchid and Bonsai Show 2015

Peta Lokasi ke KL Orchid and Bonsai Show 2015

Anda digalakan menaiki pengangkutan awam bagi melancarkan pergerakan anda ke sana.

Jangan lupa rancang perjalanan anda bersama keluarga. Sekurang-kurangnya, anda memiliki lebih masa berkualiti untuk diluangkan bersama mereka berbanding hanya dihabiskan diatas jalan raya.

Jangan cakap Bro tak payung…!!

Anda boleh rujuk pada maklumat yang terdapat pada peta diatas.

Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 di Taman Botani Perdana

Apa lagi, jom kita memeriahkan DBKL KL Orchid and Bonsai Show 2015 sambil mendekatkan diri dengan kehijauan alam bersama keluarga anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web – http://www.klorchidbonsaishow.com/ atau laman sosial di bawah :-

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “DBKL KL Orchid and Bonsai Show 2015 di Taman Botani Perdana

Leave a Reply

Top