You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Pemasangan weBoost Connect 3G Tingkatkan Signal Telefon Pintar

17,288,682 total views, 4,353 views today

Pemasangan weBoost Connect 3G Tingkatkan Signal Telefon Pintar

Mobile Phone No Signal Show No Service
Bayar bil telefon beratus setiap bulan tetapi liputan agak kurang memuaskan bila anda berada dirumah. Paling tertekan bila hanya beberapa kawasan di dalam rumah anda sahaja mempunyai liputan.

Tak kan anda nak tukar kepada pembekal perkhidmatan yang lain semata-mata disebabkan liputan dirumah anda tidak memuaskan?

Pasti ianya tidak berbaloi pada anda.

Begitu juga buat seisi rumah anda yang masing-masing menggunakan pembekal perkhidmatan yang berbeza.

Sampai bila, anda perlu menjawab telefon sambil terhello hello dan bergerak ke hulu ke hilir semata-mata nak cari kawasan yang mampu menarik signal lebih kuat dan jelas untuk anda bercakap dalam telefon.

Kadangkala, anda perlu keluar rumah semata-mata nak menjawab panggilan.

Malangnya, bila anda sudah sampai ke luar, panggilan telah ditamatkan. Nak call balik, tak tahu siapa yang call. Risau bank ke Ah Long ke yang call.

Masalah Liputan Dalam Kediaman

Bro sebenarnya salah seorang yang mempunyai masalah untuk mendapatkan signal telefon sewaktu berada dirumah. Terutama bila berada dibilik tidur dan kawasan dapur.

Nak bermesej pun tak senang bila status mesej yang dihantar masih pending.

Stress juga terutama bila kita sedang memasak dekat dapur, mesej yang dihantar kepada puan isteri rupanya masih belum dihantar.

Belum lagi kes dapat panggilan sewaktu memasak.

Tak sempat nak tutup api gas, dah tercari-cari port untuk dapatkan liputan signal yang lebih jelas. Bila dah start sembang, mulalah lupa apa yang kita tengah buat dekat dapur tadi. Tahu-tahu dah hangus masakan yang dimasak tadi.

Bro pula kaki bermain game online pada telefon pintar.

Kadangkala bila bermain dalam bilik sebelum tidur, game tadi macam tersangut-sangkut dan tertiba lost connection. Memang stress la. Maka terpaksa bermain di ruang tamu, tau-tau terlelap sampai ke pagi.

Tengok muka puan isteri, muncung semacam je sebab tak teman dia tidur malam tadi he…23x

Haru…!! Haru…!!

Pasang weBoost Connect 3G Pada Kediaman

WeBoost Connect 3G Tingkatan Signal Telefon Pintar

Baru-baru ini, terbaca tentang weBoost Connect 3G – signal booster yang mampu meningkatkan signal 2G dan 3G kepada tahap optimum dan stabil untuk kegunaan seisi rumah.

Tak kisah, anda pakai pembekal perkhidmatan telco yang berbeza.

Ianya tidak menjadi masalah.

Dengan menggunakan weBoost Connect 3G, ia akan menangkap isyarat luar (iaitu isyarat yang boleh digunakan).

Kemudian menguatkannya serta mengagihkan semula isyarat yang diterima itu kedalam seluruh kawasan rumah ataupun pejabat, dimana ia diperlukan.

Secara tidak langsung mengoptimumkan tahap penerimaan signal telefon pintar anda. Tak guna ada telefon pintar canggih dan mahal kalau line slow.

WeBoost Connect 3G Tingkatan Signal Telefon Pintar

Ianya juga dapat menjimatkan jangka hayat bateri telefon anda kerana ia tidak perlu lagi menggunakan tenaga lebih untuk menarik signal kepada telefon pintar anda.

Anda juga mampu tersenyum lebar bila dapat melayari internet pada kelajuan optimum pada telefon pintar anda dimana-mana sahaja dalam rumah anda.

Ianya terbahagi kepada 3 bahagian :-

  1. Alat mengesan/menarik signal
  2. Booster
  3. Pemancar

weBoost Connect 3G installation diagram

Gambar diagram bagaimana WeBoost Connect 3G ini berfungsi dalam kediaman anda.

Harga weBoost Connect 3G

Harganya weBoost Connect 3G di pasaran cuma RM1145 (tanpa pemasangan). Kos pemasangan pula, hanya RM300-500 (bergantung kepada kawasan rumah anda).

Nak jimat, Anda boleh pasang sendiri.

Tapi kalau tanya pada Bro.

Elok rasanya, jika biarkan orang yang lebih pakar untuk memasangnya.

Ini kerana mereka mempunyai alat untuk mengukur kekuatan signal untuk mengesan lokasi yang sesuai untuk dipasang weBoost Connect 3G.

Pemasangan tidak mengambil masa yang lama.

Tak apa jika keluarkan duit lebih sikit untuk kepuasan seisi rumah.

WeBoost Connect 3G Tingkatan Signal Telefon Pintar

Hijau je lampunya he…23x

Untuk maklumat lanjut mengenai weBoost Connect 3G dan produk-produk keluaran mereka yang lain, anda boleh layari laman web mereka di www.weboost.com/my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Pemasangan weBoost Connect 3G Tingkatkan Signal Telefon Pintar

Leave a Reply

Top