You are here
Home > Iklan > Advertorial > Samsung Gear VR Buat Pengguna Samsung Galaxy S6 atau S6 Edge Pada Harga RM799

Samsung Gear VR Buat Pengguna Samsung Galaxy S6 atau S6 Edge Pada Harga RM799

Samsung Gear VR - Sunway Pyramid
Bro berpeluang untuk merasai pengalaman menggunakan Samsung Gear VR (Edisi Innovator untuk S6) sewaktu berjalan-jalan di Sunway Pyramid.

Ia direka untuk digunakan bersama Samsung Galaxy S6 atau S6 edge.

Bagi pengguna Samsung Galaxy S6 atau S6 edge anda boleh memoptimukan penggunakan telefon pintar anda dengan adanya Samsung Gear VR (Edisi Innovator untuk S6).

Ianya boleh didapati di cawangan Samsung Experience tertentu di Malaysia pada harga RM799 (harga termasuk GST).

Pengalaman Menggunakan Samsung Gear VR

Samsung Gear VR - Sunway Pyramid
Saiznya lebih kecil 15% berbanding generasi pertama yang dikeluarkan untuk Note 4. Ini menjadikan ianya lebih ringan dan selesa untuk dipakai.

Walaupun ini kali pertama Bro menggunakan Samsung Gear VR, Bro tidak mempunyai masalah untuk menggunakannya.

Dengan beberapa fungsi mudah, rasanya anda tidak akan kekok dan mudah untuk membiasakan diri menggunakannya.

Paling penting, ianya mampu memberi kepuasan kepada anda sekiranya anda ingin menonton video seperti anda sedang menonton di pawagam ataupun bermain permainan video seperti anda sendiri berada dalam permainan tersebut.

Samsung Gear VR - Samsung Galaxy S6 & S6 Edge
Samsung Gear VR (Edisi Innovator untuk S6) dikuasakan dengan Oculus yang membolehkan anda sebagai pengguna berpeluang merasai pengalaman realiti maya, sinematik serta reka bentuk dan paparan yang telah dinaik taraf.

Terdapat empat ciri utama yang menjadi fokus pada produk ini iaitu pengalaman permainan video, paparan luar biasa, pad sentuh mudah kawal dan keselesaan yang dipertingkatkan.

Designnya lebih futuristik dan selesa untuk digunakan.

Samsung Gear VR - Samsung Galaxy S6 & S6 Edge

Adik ipar Bro teruja bila pertama kali menggunakan Samsung Gear VR. Kemudian menonton pula preview pendek Filem Avengers terbaru.

Beliau kata, rasa macam berada dalam cerita itu.

Bila pusing keliling, atas dan bawah, boleh nampak aksi superhero Avengers berlawan dari pelbagai arah. Menariknya semuanya nampak seakan nyata.

Terasa nak memegang “sesuatu” pun ada sewaktu menggunakan Samsung Gear VR.

Pameran Jelajah Samsung Gear VR

Samsung Gear VR - Samsung Galaxy S6 & S6 Edge

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Samsung Gear VR serta produk Samsung yang lain, anda boleh layari http://www.samsung.com/my.

Kepada rakan-rakan yang berminat ingin mencuba dan merasai pengalaman menggunakan Samsung Gear VR ini, anda boleh ke cawangan Samsung Experience di lokasi-lokasi berikut :-

  1. Low Yat (MTCS) Kuala Lumpur
  2. The Gardens Mall
  3. Setia City Mall
  4. 1Utama Shopping Centre
  5. Pavilion, Kuala Lumpur
  6. Suria KLCC
  7. Mid Valley Mega Mall
  8. Sunway Pyramid
  9. Gurney Paragon Pulau Pinang
  10. Gurney Plaza Pulau Pinang
  11. Sutera Mall, Johor
  12. City Square, Johor
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Samsung Gear VR Buat Pengguna Samsung Galaxy S6 atau S6 Edge Pada Harga RM799

  1. fuh,..
    makin mengacam gajet sekarang nie.
    kalau pakai ni main coc camner agaknya..
    lagi sedap kot dengan sound yang ada.
    kena try test nie nnti

Leave a Reply

Top