April 26, 2024

SAFI Ramadan Al-Mubarak di Royale Chulan, Mutiara Damansara

Majlis Iftar SAFI Ramadan Al-Mubarak
SAFI telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih yang bertempat di Royale Ballroom, Royale Chulan, Mutiara Damansara.

Ianya dianjurkan bagi mendukung kemuliaan bulan Ramadan dan simbolik integrasi diantara arus kehidupan moden seharian dan kehendak syariat.

Turut diadakan pengisian kerohanian dengan sesi tazkirah SAFI serta solat tarawih yang diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan secara tidak langsung merapatkan ukhwah silaturahim sesama hadirin dengan majlis berbuka puasa.

Ini dinyatakan sendiri oleh Cik Nor Aziani Azizan, Pengurus Kanan Produk SAFI.

Majlis Iftar SAFI Ramadan Al-Mubarak

Sesi takzirah SAFI yang mengangkat tajuk “Halal Toyyiban”, dimana Imam Muda Asyraf berkongsi tentang pentingya mencari rezeki yang halal dan melengkapkan kehidupan seharian dengan barangan yang halal.

Selain dari itu beliau juga turut menyentuh topik “Ikhlas dalam memberi”, mengingatkan kepada para hadirin pentingnya berkongsi rezeki, ilmu yang diperolehi sesama insan dalam mengecapi hidup yang barakah.

Menarik tazkirah yang disampaikan beliau.

Tak habis-habis Hafiz Hamidun, Nora Danish dan Hanis Zalikha diusik beliau sebagai selingan dalam tazkirah beliau.

Majlis Iftar SAFI Ramadan Al-Mubarak

Seterusnya diadakan sesi bicara Srikandi SAFI,

Menampilkan dua wanita SAFI yang menjadi inspirasi setiap wanita, yakni Nora Danish – Duta SAFI RANIA GOLD dan Hanis Zalikha- duta SAFI BALQIS untuk berkongsi pendapat perihal penampilan, keyakinan serta keindahan bulan Ramadan.

Kedua-dua duta SAFI ini turut berkongsi bersama para tetamu tips-tips kecantikan untuk tampil dengan penuh keyakinan.

Pada penghujung majlis, nurani setiap insan yang hadir di SAFI Ramadan Al-Mubarak terus diperkaya dengan alunan Dzikrullah oleh Hafiz Hamidun.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, anda boleh layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “SAFI Ramadan Al-Mubarak di Royale Chulan, Mutiara Damansara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *