17,153,174 total views, 4,478 views today

Iftar di Rumah Nur Sakinah, Bandar Penggiran Subang Bersama Kicap Mahsuri

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Iftar di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pinggiran Subang
Baru-baru ini, Bro sempat berbuka puasa bersama adik-adik penghuni Rumah Nur Sakinah yang terletak di Bandar Penggiran Subang.

Tak sangka diberi peluang untuk meluangkan masa bersama adik-adik ini di bulan yang penuh barakah ini.

Majlis yang ditaja oleh jenama sos dan penambah perisa Mahsuri ini telah diadakan beberapa aktiviti untuk menghiburkan adik-adik disini.

Iftar MyMahsuri di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pengirang Subang

Diantaranya ada persembahan dari badut jemputan.

Eh ini bukan badut biasa, pandai buat silap mata lagi. Tak percaya? Boleh tanya brader Hazman fadzil macam mana jam tangan dia tiba-tiba ada pada badut itu.

Memang seronok adik-adik yang berada disini menyaksikan telatah badut dan rakan-rakan yang dibuli oleh badut.

Terukir senyuman manis pada wajah mereka.

Menu berbuka kami adalah Nasi Ambeng yang disediakan khas oleh pihak Mahsuri.
Iftar MyMahsuri di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pengirang Subang
Nampak tak ciri-ciri kebapaan pada rakan blogger Hazman Fadzil. Macam dah terhidu bau nasi minyak nie.

Bro nampak kesabaran dia melayani karenah adik-adik yang berada disini. Sampai dia terjatuh dari kerusi lagi sebab asik melayan.

Tapi beliau tetap maintain relax je.

Ciri-ciri seorang suami/bapa dah tertanaman dan tumbuh mekar dalam diri dia. Alhamdulillah

Iftar MyMahsuri di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pengirang Subang

Tidak lupa juga kepada blogger Iena Eliena yang sudi menyuap makan seorang adik yang tengah kedemaman.

Ini pun dah ada ciri-ciri keibuan.

Dengar cerita dia memang suka sertai event charity seperti ini. Tak de hal punya, next time boleh bawa dia nie lagi.

Pertandingan Masak dan Menang Mahsuri

Iftar MyMahsuri di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pengirang Subang

Mahsuri telah mengadakan pertandingan ‘Masak dan Menang’ yang berlangsung dari 28 Mei hingga 8 Julai 2015.

Pertandingan ini mengundang mereka yang gemar memasak berkongsi gambar rekaan juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri berserta hashtag, #MyMahsuri dan #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam.

Setiap minggu, empat penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan selama enam minggu itu bakal menyaksikan 24 pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000.

Pemenang akan menerima undangan daripada Mahsuri untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga ke satu daripada empat pertubuhan kebajikan.

Pertubuhan kebajikan yang terbabit dalam pertandingan ‘Masak dan Menang’ ini adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.

Mahsuri juga akan mendermakan sos kepada setiap rumah kebajikan terbabit selain menaja hidangan berbuka puasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook/MyMahsuri

Iftar MyMahsuri di Rumah Nur Sakinah, Bandar Pengirang Subang
Gambar beramai-ramai diambil sebelum masuknya waktu berbuka.

Nampak tak keceriaan pada wajah mereka.

Buat masa kini, Rumah Nur Sakinah tidak mendapat peruntukan dari mana-mana organisasi. Diharapkan anda yang membaca artikle ini sudi meluangkan sedikit masa dan sumbangan buat mereka.

Rumah Nur Sakinah
No 1, Jalan Zuhrah, U5/154, Subang Murni, Bandar Penggiran Subang,
40150 Shah Alam, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Iftar di Rumah Nur Sakinah, Bandar Penggiran Subang Bersama Kicap Mahsuri

  1. Bro, Abang Hazman tu memang baik orangnya dan nampak penyabar! moga-moga anak anak ini gembira menjelang Syawal 🙂

  2. Alhamdulilah, berkat jadi blogger buat amalan mcm ni…

  3. Alhamdulillah. Besar pahalanya jika kita berbuat baik kepada anak2 yatim. Sedikit pun besar pahalanya. Semoga mereka tabah membesar dan berjaya menjadi anak2 yang mampu menyumbangkan tenaga kepada negara.

  4. ehh macam kenal je kakak cantik tu lalallalalaaaaaaaaa

  5. Alamak…. masa bila pulak la bro snap gambar nie…. tu la kan sesekali dapat peluang – kita layan apa yang termampu…. hehehehe

  6. terima kasih penaja dan rakan media yang bersama.

  7. hhe iena ni mana2 charity boleh bawak dia

Leave a Comment