You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > #ReadytoP1ay – Cabar Kemampuan Diri Untuk Masa Depan Keluarga

#ReadytoP1ay – Cabar Kemampuan Diri Untuk Masa Depan Keluarga

#ChillaxWithNestle!
Kadangkala rasa macam loser bila umur dah jejak 30-an dan mempunyai keluarga tetapi terpaksa memulakan hidup dari bawah semula.

Tujuan Bro menulis article ini, bukan berniat nak buka aib sendiri.

Cuma ingin berkongsi kisah suka duka perjalanan hidup yang mungkin orang lain nampak Bro macam loser, tetapi tidak pada keluarga sendiri.

Mereka adalah sumber kekuatan diri disaat Bro jatuh tersungkur sebelum syarikat-syarikat besar mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan staff mereka secara besar-besaran.

Besar juga impak yang menimpa mereka.

Bagitu juga dengan Bro.

Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa

Terpaksa berhenti kerja pada saat-saat berada di puncak kerjaya. Dengan bebanan gaji yang tidak diterima mencecah 5 angka. Hutang piutang keliling pinggang.

Sampaikan nak isi minyak kereta mahupun memberi barangan keperluan harian pun terasa teramat beban.

Gaji puan isteri tidak seberapa. Cukuplah untuk cover kos-kos bulanan, itupun tidak cukup untuk kami sekeluarga. Dengan anak kecil lagi.

Lebih tragis bila puan isteri menyatakan dia mengandung lagi.

Memang terduduk termenung Bro sekejab. Bukan menolak rezeki atau takdir. Cuma kadangkala ianya diluar kawalan kita. Apa-apa pun kena ingat perancangan Allah SWT itu adil dan maha mengetahui.

Mana-mana yang membebankan, Bro terpaksa ‘cut-cost’ dari bil telefon hingga ke bil elektrik. Segala-galanya perlu dijimatkan. Setiap sen yang keluar perlu dilistkan untuk rujukan.

Muka Kepenatan Kehabisan Tenaga Anak Bapak Day Out

Melepaskan Lelah di Bus Stop - Anak Bapak Day Out

Anak Bapak Day Out
Nampak tak anak dan bapanya pakai baju dan seluar yang sama.

Ini baru dinamakan anak bapa. Sehati sejiwa begitu. Ini jadinya jika mempunyai banyak masa untuk bersama anak sendiri.

Anak tidak dihantar pada pengasuh dek kerana harga dinaikan agak melampau dan lebih kurang sama dengan harga ditempat lain. Maka Bro amik pendekatan untuk menjaga anak sendiri.

Alang-alang Bro duduk dirumah, tiada apa-apa nak buat. Elok rasanya menjaga anak sendiri, dapat juga meluangkan lebih masa melihat dia membesar depan mata.

Kerja rumah seperti memasak, kemas rumah dan lain-lain diuruskan oleh Bro sepenuhnya (Tak de la sepenuhnya, Cuma nampak la Bro ada buat dari tak buat apa-apa)

Sampaikan jiran keliling dah start bertanya-tanya apa Bro buat dekat rumah tak keluar-keluar. Tak kerja ke he…23x

Kerja Dari Rumah

Alhamdulillah, dengan kepakaran dan pengalaman bekerja yang Bro ada. Bro Berjaya buat beberapa kerja dari rumah.

Yang penting, kena ada laptop dan internet.

Internet pula, kalau boleh kena ‘unlimited quota’ dan murah/menjimatkan untuk memastikan urusan kerja berjalan lancar.

Dengar cerita P1 ada mengadakan kempen #ReadytoP1ay dimana ia menawarkan pelan ‘unlimited quota’ tanpa dikenakan apa-apa yuran pendahuluan. Siap FREE internet selama sebulan (kontrak selama 24 bulan) bagi pelan ForHome®, ToGo® dan ForBiz®.

Nampak macam menarik sekiranya anda ingin berjimat pada kos serendah RM0 sewaktu ingin memulakan hidup baru.

Kalau ikutkan banyak dugaan/cabaran jika nak bekerja dari rumah. Pertama sekali adalah berpunca dari diri sendiri. Terutama jika dah biasa menjadikan rumah sebagai tempat berehat. Maka akan lebih banyak rehat dari bekerja.

Belum lagi dugaan ada cerita best dekat TV dan anak merengek-rengek nak join sekali menekan-tekan button pada keyboard laptop.

Kadangkala kena pandai uruskan masa sebaiknya.

Bila si anak tidur, baru pulun sehabis boleh buat kerja. Ataupun layan dia sambil buat kerja sikit-sikit. Bak kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Elok sikit dari tak buat langsung yang ternyata sampai bebila tak akan siap.

Menangis Bila Lihat Keluarga Sendiri

Tugu Negara - 1600 Pandas Malaysia

Hati siapa tak sedih bila tengok keluarga sendiri terpaksa berjimat cermat dan ikat perut.

Bukan tak nak cari kerja.

Susah nak dapatkan kerja yang stabil dengan gaji yang mampu menampung kos sara hidup yang meningkat naik. Kadangkala gaji yang kita dapat cukup-cukup untuk cover kos pengangkutan untuk pergi kerja.

Dah macam kita kerja cari duit untuk pergi kerja semata-mata.

Baik buat kerja dari rumah. Kos masuk berganda-ganda lebih tinggi dari kos yang dikeluarkan. Lagipun masa dengan keluarga lebih terjamin.

Sambil buat kerja tue,

Sempat juga sertai apa-apa peraduan yang dibuat secara online. Tak menang, tak pe. Janji kita mencuba.

Ada rezeki dapat juga voucher makan/membeli belah. Gadget mahupun pakej pelancongan he…23x

Inipun dah boleh dianggap sebagai satu kerjaya juga.

Sekiranya korang memiliki laman sosial, apa kata korang ikuti aka follow laman media sosial P1 seperti yang dinyatakan di bawah.

Dengar cerita mereka selalu mengadakan peraduan dimana anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik!

Mana tahu, anda boleh menangi sejumlah” iPad baru” yang dihadiahkan oleh P1 sepanjang bulan Julai ini.

iPad Mini Dari P1

Bro dah beberapa kali menang iPad dengan dorang.

Kata orang, rezeki bukan datang dalam bentuk wang ringgit. Kadangkala kegembiraan juga merupakan satu rezeki.

Perkembangan Terkini Bro Framestone

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini, rezeki tidak putus-putus untuk kami sekeluarga. Kegembiraan makin terasa bila kehadiran cahaya mata kedua kami.

Dari segi kerja.

Bro makin selesa berkerja dari rumah. Makin ramai klient berminat untuk bekerjasama dengan Bro. Dari situ, ada sedikit pendapatan yang mampu mengukir senyuman untuk kami sekeluarga menjelang hari raya ini.

Sekiranya ada mana-mana pihak ingin menggunakan khidmat Bro atau ingin bekerjasama dengan Bro, kehadiran anda amat dialu-alukan.

Kita tidak mampu berjaya sensorang tanpa sokongan dan dorongan dari rakan-rakan dan keluarga. Doa dan restu dari kedua ibubapa juga penting.

Dan sekarang, Bro berjaya mengurangkan berat badan walaupun pada penimbang jumlahnya masih lebih kurang sama.

Cuma ramai yang cakap Bro makin kurus.

Ke sado? He…23x

Hidup kena sentiasa ceria dan positif baru orang sekeliling juga akan positif dengan diri kita.

ReadyToP1ay Tiada Bayaran Untuk Berinternet

Bicara Bro : Dah kehidupan ini, jangan kita selalu salahkan takdir dan mudah berputus asa. Peluang dan ruang itu ada, Cuma kita perlu cari ia di mana.

Promosi #ReadytoP1ay masih lagi berjalan.

Anda boleh lihat di #ReadytoP1ay untuk maklumat lebih lanjut untuk untuk pendaftaran dan informasi yang mampu mengubah hidup anda untuk berdaya saing. Dalam masa yang sama mendapatkan penghantaran percuma ke rumah berserta diskaun online tambahan dari P1.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “#ReadytoP1ay – Cabar Kemampuan Diri Untuk Masa Depan Keluarga

  1. Bro..allah turunkan dugaan pada kita sebab dia tahu kita berupaya untuk berusaha atau mampu menghadapi dugaan..dengan kepakaran yang Bro atau semua orang yang dilanda masalah pasti akan memberikan result yang membanggakan..SA pun pernah jatuh malah terduduk terus..tp berkat semangat keluarga dan orang tersayang berikan alhamdulillah SA dah mampu merasa hasil dari kesungguhan..alhamdulillah walau tidak la semewah mana cukup SA katakan mampuberdiri diatas kaki sendiri…kipidap Bro…dungibab…

Leave a Reply

Top