17,160,095 total views, 661 views today

Tahun Kedua Sambut Raya Sebelah Mertua di Parit Raja, Johor

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Gambar Raya Parit Raja
Ini tahun kedua, Bro beraya di sebelah keluarga mertua di Parit Raja, Johor Darul Takzim.

Terdiri dari 4 generasi, malangnya kurang lengkap pada pagi hari raya pertama dek kerana raya di tempat lain dulu.

Ada yang beraya ikut tema, Ada yang tak ikut tema keluarga.

Tapi memang menjadi tradisi. Pagi raya, akan berkumpul semua keluarga di rumah Buyut (Atok), untuk sarapan pagi sebelum gerak ke Masjid untuk solat hari raya.

Lagipun memasing rumah sebelah menyebelah je.

He…23x

Cuma ada beberapa keluarga yang duduk agak jauh, walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer.

Selepas solat hari raya. Kami akan berkumpul untuk bermohon maaf dan yang memuda-muda bajet tak kahwin akan tersenyum semacam bila dapat duit raya dari Buyut.

Bro?

Mesti la dapat juga. Nampak kan muka Bro muda rumaja walaupun umur dah masuk 3-series. Tak de hal punya la.

Gambar Raya Parit Raja

Gambar keluarga kecil Bro.

Gambar lengkap – Bro dan puan isteri, Iera Kan serta 2 puteri kami Nur Elfisha dan Nur Elfyna (baru berumur 2 minggu).

Bro nampak muda dalam gambar ini.

Tidak dapat dinafikan sama sekali. Beruntung dapat isteri muda nie, awet mudanya macam tertansfer pada Bro.

Apa? Perasan? Angkat Bakul Sendiri?

Tak de hal punya. Alang-alang boleh angkat bakul sendiri, kenapa perlu menyusahkan orang lain. Tapi kalau korang sakit hati dengan statement puji diri sendiri ini. Baik korang pergi check hati sendiri.

Selamat hari raya…!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Tahun Kedua Sambut Raya Sebelah Mertua di Parit Raja, Johor

  1. Sambut Raya di kampung halaman adalah paling best tetapi yang mencabar nak tentu kampung siapa dahulu? 🙂

  2. Seronok berkumpul ramai-ramai ni. Tahun ni iday raya di keluarga mertua juga. Hehehe

    eh, memang best kawen dengan yang lagi muda, kita yang dapat tempias awet muda tu. Hahahaha

  3. hahaha.. betul3.. mmg nampak muda..

    selamat hari raya, bro & isteri serta anak2

  4. selamat hari raya buat bro dan fmly….. untunglah isteri dapat suami yang awet muda selalu….. ekekek.e….

    1. He…23x bahaya kalau awet muda selalu, risau cepat termadu….

      Dah makin berusia nie, baru nak start jaga penampilan…. Oh silap, puan isteri yang jaga penampilan suaminya.

  5. hmm bila la nak merasa ada family sendiri ni

Leave a Comment