You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Ramadhan Special Fish & Co. Pada Harga RM75.95 untuk 2 Orang

17,290,309 total views, 224 views today

Ramadhan Special Fish & Co. Pada Harga RM75.95 untuk 2 Orang

Iftar Ramadhan Special Fish & Co. Pavilion, Kuala Lumpur
Dekat hujung-hujung bulan Ramadhan baru dapat lepak berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger.

Walaupun masing-masing dah start mode bercuti raya, tapi tetap dapat luangkan masa bersama berbuka puasa di Fish & Co. Pavilion Kuala Lumpur.

Bro pun tak nak lepaskan peluang ini untuk berjumpa dengan mereka.

Yang menariknya, kali ini turut disertai oleh team intify. Nak tahu lebih lanjut tentang mereka, anda boleh layari www.ittify.com.

Dengar cerita, ada projek baik dari mereka pada bulan 8 ini khas bagi anda yang mempunyai pengaruh di laman sosial.

Iftar Ramadhan Special Fish & Co. Pavilion, Kuala Lumpur

Aksi gua nak selfie,

Susahnya nak selfie secara normal, bila ada pihak yang bertanggungjawab berminat nak amik gambar kita tengah nak selfie.

Motif upload gambar?

Ada orang cakap, gua dah kurus dan perut kurang boroi sewaktu menunggu masuknya waktu berbuka.

Ramadhan Special Fish & Co. – RM75.95 untuk 2 orang

Sempena bulan puasa ini, Fish & Co. ada menyediakan hidangan untuk berbuka puasa Ramadhan Special Fish & Co. pada harga RM75.95 untuk 2 orang.

Iftar Ramadhan Special Fish & Co. Pavilion, Kuala Lumpur

Iftar Ramadhan Special Fish & Co. Pavilion, Kuala Lumpur

Ianya boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015 di Fish & Co. cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall.

Set ini termasuk Grilled Peri-peri Chicken with Arctic Fish, Grilled White Fish with Periperi Sauce.

Bro suka Periperi Sauce mereka.

Tidak lupa juga 2 Sup yang bertukar setiap hari dan 2 air untuk dipilih sama ada Passionfruit, Coke, Sprite atau Teh Ais Limau.

Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut istimewa Hot Fudge Cake dari Fish & Co. dengan menambah RM7.95.

Fish & Co. Pavilion KL merupakan sebuah restoran berkonsepkan laut yang terletak di Lot No. C4.02.00, Tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur dan di buka dari 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.fish-co.com.my dan ikuti promosi terbaru Fish & Co. di Facebook http://www.facebook.com/FishNCoMY atau Instagram / Twitter di @FishNCoMY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Ramadhan Special Fish & Co. Pada Harga RM75.95 untuk 2 Orang

Leave a Reply

Top