Pengalaman Menaiki Teksi Di Malaysia
Sepanjang hidup anda, berapa kali anda pernah menaiki teksi?

Dan sepanjang anda menaiki teksi, pernah tak anda bersembang dengan pemandu teksi bertanyakan soalan tentang kerjaya dan keluarga mereka?

Disini Bro ingin kongsikan beberapa kisah tentang pemandu teksi di Malaysia yang mungkin anda sendiri pun tidak tahu.

Kecuali anda hanya tahu, naik teksi dan merungut harga yang dicharge terlalu mahal jika dibandingkan menaiki pengangkutan awam yang lain.

Ingat anda sahaja boleh merungut, mungkin anda sendiri tak tahu apa yang pemandu teksi selalu merungut didalam hati mereka.

He…23x

Pemandu Teksi

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pemandu teksi berkerja diantara 12 – 16 jam sehari, 7 hari seminggu. Ada juga yang siangnya mempunyai kerja lain dan sebelah malam memandu teksi.

Terpaksa buat 2-3 kerja satu hari untuk cari makan dan menampung kos sara hidup yang tinggi.

Ada yang menjadikan teksi sebagai rumah dan tempat tidur selepas habis bekerja.

Ada yang terpaksa berjauhan dengan keluarga semata-mata nak cari rezeki sebagai pemandu teksi di ibu kota.

Pemandu Teksi Perempuan

Zaman sekarang, bukan lelaki sahaja menjadikan pemandu teksi sebagai kerjaya.

Perempuan juga tidak terkecuali.

Jadi pemandu teksi ini, bukannya sesuatu yang senang atau mudah.

Kadangkala kena caci maki oleh penumpang, ada yang tak sanggup nak bayar seperti mana yang mereka charge. Ada juga yang sepanjang hari terpaksa menghadap trafik jem.

Paling sadis bila sepanjang hari mereka tidak dapat seorang pun penumpang.

Tapi ini semua merupakan pengorbanan yang mereka perlu buat untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga mereka.

At MyTeksi, we believe that there’s no greater love, than the love of a family. Stay closer. Spend time with them. After all, they’re just a MyTeksi away.From all of us at MyTeksi, have a very blessed and beautiful Ramadan and Raya with your family.

Posted by MyTeksi on Tuesday, June 30, 2015

Tak semua pemandu teksi nampak teruk dimata anda.

Cuba luangkan masa dekati mereka dan dengar luahan yang jauh terpendam didalam lubuk hati mereka.