You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > OPPO R7 Plus dan OPPO R7 Lite Telah Dilancarkan di Malaysia

OPPO R7 Plus dan OPPO R7 Lite Telah Dilancarkan di Malaysia

Majlis Pelancaran OPPO R7 Lite & OPPO R7 Plus di Malaysia
Oppo Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar baru mereka bagi jenis R7 Series untuk pasaran Malaysia, iaitu Oppo R7 Lite dan juga Oppo R7 Plus.

Bagaimanapun kedua-duanya akan berada dipasaran Malaysia pada bulan Ogos 2015.

Buat masa ini, anda boleh membuat pra-tempahan bermula 11 Julai 2015 di kedai OPPO dan juga di laman web www.oppo.com/my

OPPO R7 Plus

Majlis Pelancaran OPPO R7 Lite & OPPO R7 Plus di Malaysia

Oppo R7 Plus hadir dengan ciri-ciri tambahan, termasuk bateri berkapasiti 4100mAh dan dilengkapi sokongan pengecasan pantas VOOC.

Hadir dengan ruangan sebesar 32GB, selain boleh dipertingkatan sehingga 128GB menggunakan mikro-SD.

Ianya turut disertakan sekali pengimbas cap jari pada bahagian belakang serta skrin bersaiz 6-inci dengan paparan HD penuh.

Majlis Pelancaran OPPO R7 Lite & OPPO R7 Plus di Malaysia

Oppo R7 Plus dijual pada harga RM1,998 di Malaysia

OPPO R7 Lite

OPPO R7 Lite hadir dengan skrin paparan HD bersaiz 5-inci, memori 2GB RAM, serta ruangan simpanan sebesar 16GB.

Majlis Pelancaran OPPO R7 Lite & OPPO R7 Plus di Malaysia

Merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah dalam sirinya dan mempunyai bateri berkapasiti 2320mAh. Ianya dijual pada harga RM1,298 di Malaysia

Kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Dimana Oppo R7 Plus, kedua-duanya adalah kad-SIM bersaiz nano. Manakala untuk Oppo R7 Lite pula, ia menggunakan gabungan kad-SIM mikro dan juga nano.

Majlis Pelancaran OPPO R7 Lite & OPPO R7 Plus di Malaysia

Oppo R7 Plus dan Oppo R7 Lite turut hadir dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.oppo.com/my

Majlis Pelancaran OPPO R7 Lite & OPPO R7 Plus di Malaysia

Terima kasih OPPO Malaysia kerana sudi menjemput saya ke Majlis Pelancaran OPPO R7 Plus dan OPPO R7 Lite ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “OPPO R7 Plus dan OPPO R7 Lite Telah Dilancarkan di Malaysia

  1. oppo punya marketing memang mantap. mana-mana boleh nampak oppo oppo oppo. tak lama lagi mungkin oppo boleh jadi premium smartphone setanding jenama apple.

Leave a Reply

Top