March 29, 2024

Blogger Berhimpun di Majlis Iftar OMANITE 2015 Anjuran P1

Blogger Majlis Iftar OMANITE 2015 P1
P1 telah menjemput rakan blogger untuk menghadiri Majlis Iftar OMANITE 2015 anjuran mereka yang diadakan di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie.

Selain blogger, turut dihadiri kanak-kanak yang diraikan dari Pusat Jagaan Darul Sakinah.

Tujuan majlis ini diadakan untuk menghargai blogger-blogger yang selama ini banyak membantu dan memberi sokongan terhadap P1.

Majlis ini diacarkan oleh Atilia Haron.

Paling menarik, terdapat persembahan dari band Dischord yang dijemput khas untuk memeriahkan dan menghiburkan hadirin yang hadir.

Satu per satu lagu dinyanyikan dan dipersembahkan kepada kami.

Majlis Iftar OMANITE 2015 di Holiday Inn Kuala Lumpur

Eh, boleh kami request. Next event mahu mereka ada lagi untuk menghiburkan kami semua..

Paling penting, nak Atilia Haron menyanyi juga.

Majlis Iftar OMANITE 2015 di Holiday Inn Kuala Lumpur

Majlis Iftar OMANITE 2015 di Holiday Inn Kuala Lumpur

Semoga rakan-rakan blogger yang hadir mendapat mengenali kenalan baru dan membawa pulang seribu satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan dari acara ini.

Bro tak sangka dapat juga berjumpa dengan beberapa blogger lama yang dah mula menyepi dek kerjaya hakiki. Siap ada yang dah kahwin tak ajak.

Tak kisah, asalkan mereka bahagia dan jumpa Bro, bertegur.

Wong Chin Yam (C.Y), Penolong Pengurus, Unit Media Sosial, Jab.Jenama & Komunikasi P1 (P1 Brand & Communications)

Menurut Wong Chin Yam (C.Y), Penolong Pengurus, Unit Media Sosial, Jab.Jenama & Komunikasi P1 (P1 Brand & Communications)

OMA yang kini berusia 3 tahun menghimpunkan bloggers yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi dengan P1 yang menyediakan platform untuk mendapatkan kandungan untuk blog, membantu P1 dalam kempen dan paling utama, menjalinkan persahabatan dengan cara yang santai, penuh berinformasi dan keseronokan.

Majlis Iftar OMANITE 2015 di Holiday Inn Kuala Lumpur
Sesi penyerahan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak dari Pusat Jagaan Darul Sakinah oleh En Azizi b A. Hadi, Chief Operating Officer di Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd

Untuk mengetahui tahap kemeriahan sepanjang majlis ini berlangsung, anda boleh follow di IG menggunakan hashtag #p1omanite dan #ReadyToP1ay.

Sekiranya anda ingin terlibat sama di masa hadapan,

Anda hanya perlu mendaftar untuk menyertai OMA melalui pautan ini – http://eepurl.com/TlA41. Pendaftaran adalh PERCUMA.

Apa-apa pun nantikan lagi aktiviti-aktiviti OMA yang menyeronokkan dari P1! Semoga Ramadhan anda penuh bermakna dan Salam Aidilfitri dari Bro dan P1.

Jom layan video persembahan Dischorders di P1 Omanite Iftar 2015 yang dirakam oleh blogger Naomie Licouz

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Blogger Berhimpun di Majlis Iftar OMANITE 2015 Anjuran P1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *