April 19, 2024

Cara Mudah Selesaikan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bayaran Balik di Cawangan PTPTN
Agak lama juga, Bro tidak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

Sekali, ada rakan memuat naik status yang beliau terpaksa walk-in ke cawangan PTPTN untuk menyelesaikan masalah nama beliau yang telah disenarai hitamkan untuk keluar negara.

Beliau sejak kahwin, gagal meneruskan bayaran pinjaman seperti kebiasaan beliau buat pada setiap bulan.

Selamat Bro check tadi,

Nama Bro masih belum disenarai hitamkan walaupun agak lama tidak membuat pinjaman. Lagipun, Bro sejak kebelakangan ini jarang ada urusan di luar negara.

Cuma risau, tiba-tiba dapat jemputan ke luar negara (selalu dapat dalam tempoh kurang seminggu). Sekali nak pergi, sangkut dekat airport pulak.

Anda boleh buat Semakan Status Kawalan Imigresen (Senarai Hitam) di http://eform.ptptn.gov.my/blacklist/login-imi.cfm

selesaikan hutang ptptn

Tujuan Bayaran Balik PTPTN

Bayaran balik PTPTN diperlukan untuk memastikan generasi seterusnya dapat menikmati pinjaman yang sama seperti mana yang anda dapat.

Kita perlu tahu bahawa proses bayaran balik pinjaman ini akan memastikan dana yang dimiliki oleh pihak PTPTN akan sentiasa mencukupi untuk kegunaan bakal-bakal graduan yang lain.

Jangan pentingkan diri sendiri pula.

Sekiranya peminjam terdahulu liat nak bayar hutang, maka sudah tentu peminjam pada masa sekarang akan menghadapi masalah kerana kecukupan dana di PTPTN terjejas.

Antara inisiatif yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memberi kesedaran dan memastikan semua peminjam membuat bayaran semula adalah seperti:

  • Taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia kepada pelajar-pelajar tahun akhir di IPT.
  • menyediakan pelbagai saluran pembayaran balik seperti di bank utama dan Pos Malaysia selain kaunter PTPTN.
  • membuka 58 cawangan PTPTN di lokasi strategik di seluruh negara untuk kemudahan rundingan penyelesaian pinjaman, penjadualan semula pinjaman atau penangguhan bayaran balik.

Nama Disenaraikan Dalam CCRIS

Perkara paling menakutkan (selain larangan ke luar negara) bila nama anda disenaraikan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System).

Langkah penyelesaian yang terbaik bagi semua peminjam sama ada yang telah disenaraikan dalam CCRIS atau belum ialah dengan memastikan bayaran bulanan adalah teratur mengikut Jadual Bayaran Balik.

Tidak dapat dinafikan,

Kadangkala berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dimana ansuran bulanan tidak dapat dilunaskan.

Sekiranya perkara ini berlaku, maka anda perlu hadir ke mana-mana 58 pejabat PTPTN Negeri, Cawangan dan Kiosk untuk berunding.

Jangan anggap PTPTN ini membebankan anda. PTPTN bukan Ah Long nak simbah cat atau potong tangan anda yang tak bayar balik pinjaman.

Bro ada RM30K pinjaman perlu dilunaskan.

Ebook – Bagaimana Mamat Ini Bayar Hutang RM1.8 Juta Dalam Tempoh 1 Tahun.

Cara Mudah Buat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Anda boleh membuat bayaran balik melalui ejen-ejen bank yang dilantik oleh PTPTN iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Pos Malaysia Berhad.

Terdapat juga saluran lain yang boleh anda gunakan untuk membuat bayaran balik pinjaman ini, antaranya adalah seperti berikut:

  • Financial Processing Exchange (FPX) di portal rasmi PTPTN
  • Kad ATM atau Kad Debit di kaunter-kaunter PTPTN
  • Pengeluaran Akaun II KWSP
  • Potongan Gaji
  • Perbankan Internet

Jika dulu, sekiranya anda ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN memerlukan anda sertakan No. Pinjaman PTPTN yang terdapat pada surat tawaran atau pada penyata PTPTN yang dihantar pada anda.

Sekiranya anda tidak mengetahuinya.

Anda boleh dapatkan secara mudah dengan menghubungi PTPTN melalui akaun Twitter mereka – @TwitPTPTN dan mereka anda meminta anda Direct Message Nama Penuh beserta No Kad Pengenalan anda.

Tadi Bro buat bayaran melalui Maybank2U.

Anda hanya perlu sertakan No Kad Pengenalan anda tanpa perlu sertakan No. Pinjaman PTPTN. Jangan cakap, No Kad Pengenalan pun anda terlupa.

Selamat membayar :)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Cara Mudah Selesaikan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

  1. mujurlah saya tiada pinjaman dengan PTPTN ni bro…nak ke luar negara pun tiada halangan…hutang MARA pun da nak settle da….tak sampai 3oo pun lagi yang tinggal…lepas ni takde la pening kepala da nak fikir hutang lepas settle bayar hutang MARA ni…

    kepada peminjam PTPTN…selamat membayar ! hehe

    1. Untung la… Bro tempoh hari tak apply MARA….

      DULU bodoh bangang… Sebab diprovoke masuk U, PTPTN kan ada…. Bila dah lama belajar, baru tahu bahawa MARA tue lagi banyak membantu dari PTPTN…

  2. Hutang pinjaman MARA sudah lama settle. Dapat buat conversion hanya beberapa peratus yang perlu dibayar. Terkejut juga terbaca keratan akhbar mengenai penjawat awam antara yang culas membayar pinjaman PTPN.

    Yang penting perlu ada usaha untuk membayar balik pinjaman yang diberikan. Disebab sikap peminjam yang culas akan menyusah pemohon baru pada masa akan datang kerana bakal dikenakan syarat pinjaman yang ketat dan menyusahkan.

  3. Mujur saya ambil biasiswa KPM masa saya belajar dulu.. Tak terikat dengan PTPTN.. Cuma terikat kontrak bekerja dengan kerajaan selama 10 tahun selepas tapat pengajian di peringkat Ijazah dan master.. Bulan 4 tahun depan genap 10 tahun perkhidmatan saya dengan kerajaan.. ;)

Leave a Reply to Julia Johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *