You are here
Home > Iklan > Advertorial > vivo X5Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,599

17,424,916 total views, 6,737 views today

vivo X5Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,599

Majlis Pelancaran vivo X5Pro di Malaysia
vivo – jenama telefon bimbit China telah memperkenalkan telefon pintar terbarunya, vivo X5Pro di Malaysia pada harga RM1,599.

Majlis pelancarannya telah diadakan di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Mr Alex Feng – Naib Presiden vivo Global, Mr Lewis Zeng – CEO vivo Malaysia serta lebih 1,500 orang menjadikan ia majlis terbesar vivo.

Secara tidak langsung menunjukkan kepentingan pasaran Malaysia dan juga jangkaan masa depan negara ini kepada vivo.

Majlis Pelancaran vivo X5Pro di Malaysia
Selalu dapat pass Media.

Kali ini up sikit jadi VIP dan duduk pun disebelah selebriti. Memang ramai yang datang pada majlis pelancaran ini.

Vivo kini mempunyai lebih kurang 10 pusat servis dan khidmat pelanggan, dan hampir 2000 pusat jualan di seluruh negara.

vivo X5Pro – Touched by Beauty

Majlis Pelancaran vivo X5Pro di Malaysia

Diilhamkan oleh alam semulajadi, telefon mempunyai permukaan yang menyerupai setitik air, kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dan kemasan yang menakjubkan, semua dalam badan langsing yang hanya berketebalan 6.44mm.

Walaupun nipis, ia masih mempunyai bateri sebesar 2450 mAh dan turut boleh digunakan dengan dua kad SIM.

Dari segi fungsi, vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan.

Majlis Pelancaran vivo X5Pro di Malaysia

Telefon ini juga mempunyai fokus dan kedudukan tengah PDAF, bersama flash kelajuan tinggi – vivo telah mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas.

Anda boleh bergambar bila-bila saja, dan masih mampu mengambil gambar yang jelas.

X5Pro juga mampu mengenal pasti jantina serta individu berdasarkan gaya tersendiri, secara automatik.

Dikuasakan oleh cip AKM AK4375 digabungkan dengan pengalaman vivo yang mendalam – X5Pro pasti menjadi standard Hi-Fi.

Telefon yang beroperasi menggunakan Funtouch OS berasaskan Android Lollipop ini akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM 1,599.

Majlis Pelancaran vivo X5Pro di Malaysia
Bicara Bro : Harap dalam masa terdekat dapat memiliki vivo X5Pro untuk direview khass buat pembaca blog ini.

Anda boleh baca ulasan vivo X5Pro di Amanz.my

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “vivo X5Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,599

Leave a Reply

Top