17,149,357 total views, 661 views today

3 Sebab Anda Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser
Dalam kehidupan yang makin mencabar ini, pastinya kita mahu sesuatu yang memudahkan dan menyenangkan urusan seharian kita.

Disini, Bro ingin kongsikan tentang Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser yang mampu memudahkan dan menyenangkan urusan seharian anda.

Sekaligus membolehkan anda memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih penting.

3 Sebab Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Kenapa Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser dan bukannya benda lain?

Memang ada banyak benda lain yang mampu memudahkan dan menyenangkan urusan seharian anda.

Cuma kali ini, Bro ingin bercerita dengan anda tentang 3 Sebab Kenapa Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser.

3 Sebab Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Berbeza dengan Water Dispenser yang lain.

Setiap kali air dalam botol habis, anda memerlukan tenaga “kelakian” untuk mengangkat botol yang berisi air then pasang pada Water Dispenser itu.

Berbeza dengan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser dimana, perempuan pun boleh buat.

Lepas ini, tiada apa-apa alasan kalau tiba-tiba awek, isteri atau rakan sepejabat perempuan anda request bantuan anda untuk menukar air pada Water Dispenser.

See…!! Betapa pemalasnya anda untuk bersusah payah untuk sesuatu yang perempuan boleh buat. Maka, lelaki macam kami boleh fokus pada benda lain yang bukan remeh temeh ini he..23x

3 Sebab Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser ini adalah portable dimana anda boleh letakan ia dimana-mana ruang dalam rumah anda, berbeza dengan Water Dispenser yang lain.

Kalau rasa anda seorang yang malas nak ke dapur waktu malam.

Anda boleh letak Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser dalam bilik tidur anda bersama minuman 3-in-1 anda. Terjaga waktu malam dan rasa nak minum, bancuh sahaja minuman anda didalam bilik.

3 Sebab Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser mampu menyediakan air panas dan suam untuk anda nikmati bila-bila masa.

Selepas ini, tak perlu anda menunggu masa yang lama untuk menikmati minuman panas anda. Bila masa memasak air menjadi pendek dan cepat.

Tapi jangan lupa anda gelojoh minum minuman panas tadi. Tau la nak cepat, nanti melecur pula lidah anda. Ini kerana air panasnya mampu mencecah susu 90 darjah Celsius.

Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Cara pemasangan yang mudah.

Hanya dengan 6 langkah mudah, anda boleh menikmati Air Spritzer yang panas dan suam pada Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser ini.

Beli Secara Online di Spritzer e-Shop

Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Ini gambar yang sempat Bro ambil di salah sebuah pasaraya berdekatan dengan kediaman Bro.

Nampak tak bertapa mudahnya untuk anda menjumpai dan memiliki Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser. Boleh beli, bawa balik, kemudian pasang sendiri.

Tak susah bukan.

Kalau rasa, malas sangat nak keluar beli. Anda boleh beli secara online di Spritzer e-Shop – http://www.spritzer.com.my/shop/

Ianya didatangkan dengan 4 warna pilihan – jingga, merah jambu, ungu dan hijau. Bro mesti pilih warna Hijau 🙂 Atenye Bro nie Spritzer Green Buddy.

Giveaway Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

Ada sesiapa nak memiliki Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser secara PERCUMA?

Bro ada buat simple giveaway untuk pembaca blog ini yang bertuah. Tak susah pun, nak join contest ini.

Syaratnya korang mesti ada Instagram. Follow Instagram Bro Framestone kemudian muat naik gambar dibawah ini ke laman instagram anda.

Giveaway Spritzer Hot & Warm Mini Dispenser

Sertakan jawapan kepada soalan ringkas ini pada kapsyen instagram anda:-

  1. Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser didatangkan dengan berapa warna?
  2. Warna Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser pilihan anda dan kenapa anda meminati warna tersebut?

Copy dan sertakan sekali slogan pada kapsyen anda juga

Saya ingin memiliki Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser kerana ……. (tidak lebih dari 15 patah perkataan) .  Terima kasih @broframestone dan Spritzer Malaysia kerana sudi buat #giveaway Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser.

Hashtag yang perlu anda sertakan : #ContestBro #SpritzerMY #BROPanda #Convenientlife

Drop komen anda beserta link kepada post instagram anda sebelum 25 June 2015. Pemilihan pemenang berdasarkan penyertaan yang mengikut syarat dan slogan terbaik pada pihak juri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “3 Sebab Anda Perlu Gunakan Spritzer Hot and Warm Mini Dispenser

  1. menarik rasa nak join plak

  2. oho..cepat cepat buat contest..tak pun bagi je aku free.aahah

    1. Giveaway sudah bermula…. Amboi, nak free pula dia ek… doa-doalah banyak company sanggup taja lebih hadiah untuk gua buat contest

  3. not bad.

    harga kira murah jugak la.

    1. Yup agak murah dan portable….

  4. dah join dah…hihihi…mohon pilih sally ye..kekeke =)

    1. Ok, thank Sally 🙂

  5. nak join juga hehehe….

  6. alhamdulillah..sempat menjoinkan diri..

    penyertaan:
    https://instagram.com/p/4Lv15BLE5a/

  7. Pernah beli tp yg biasa je…baru tau ada yg lain…best2x

  8. Macam mana save gambar right click dah disable?

    1. He..23x eh orang lain boleh je download… try pakai browser lain.

Leave a Comment