April 26, 2024

Program Kemasyarakatan Anjuran Shaklee Malaysia Bersama Belia

General Manager Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim Blogger di HQ Shaklee
Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan satu lagi program kemasyarakatannya iaitu Shaklee Cares for Our Youth.

Ianya bertujuan meneruskan usaha kemasyarakatannya dalam memberikan kesihatan yang lebih baik untuk semua dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja.

Program untuk golongan belia yang digelar YES (Youth Entrepreneur System) merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shaklee Malaysia selepas Shaklee Cares for Our Children di bawah Shaklee Cares.

Produk Shaklee - Blogger di HQ Shaklee

Antara produk Shaklee yang berada di pasaran Malaysia.

Youth Entrepreneur System (YES)

YES yang dilancarkan awal Mei 2015 lalu, disasarkan untuk golongan belia juga mereka yang berjiwa muda mencari kebebasan kewangan dan masa.

Selaras dengan usaha kerajaan memupuk golongan belia dalam bidang keusahawanan, YES dicipta untuk mereka yang mahukan masa depan yang lebih sihat dan lebih baik untuk kehidupan mereka.

YES membantu golongan belia memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah namun pulangan yang hebat.

General Manager Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim Blogger di HQ Shaklee

Kami mensasarkan untuk menyentuh lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda ini meraih pendapatan tambahan sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih mereka.

– General Manager Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim –

Selain aspek kesihatan, YES program turut menawarkan peluang menjana pendapatan, latihan kecerdasan emosi (softskills), latihan produk juga bimbingan daripada barisan mentor berjaya untuk merealisasikan impian mereka memiliki sebuah perniagaan sendiri.

YES merupakan platform bagi ibu-ibu muda menjadi usahawan untuk menambah pendapatan keluarga di samping melahirkan generasi yang lebih sihat dan suasana kehidupan yang lebih berkualiti.

Shaklee Malaysia komited menjalankan pelbagai aktiviti dalam memperkasa program kemasyarakatannya.

Banyak aktiviti yang telah dirancang untuk menyokong program YES di mana Victor akan kongsikannya di Shaklee National Conference 2015 di Mines International Exhibition and Convention Center pada akhir minggu ini.

Satu lagi usaha kemasyarakatan Shaklee Malaysia adalah Shaklee Cares for Our Women bakal dilancar dalam tahun ini juga.

Blogger Bro Framestone di HQ Shaklee

Bicara Bro : Bergambar di HQ Shaklee Malaysia.

Ramai yang berjaya menjana pendapatan dari Shaklee terutamanya suri rumah. Kini ianya sudah berusia 100 tahun.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Program Kemasyarakatan Anjuran Shaklee Malaysia Bersama Belia

  1. nampaknya marketing Shaklee patut dipuji, berbanding satu lagi supplement makanan yang diberi nama H******** ,, sekarang dah diam dah..

    tapi shaklee ni makin kerap la pulak dengar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *