April 25, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger – Part 44 : Nilai Iklan Advertorial Pada Sesebuah Blog

Dapat Angpow dari Mejar David Teo - Sepetang di Pejabat Urusan Metrowealth International Group (MiG)
Salah satu punca pendapatan pada sesebuah blog adalah pengiklanan dalam bentuk advertorial. Bayaran yang diterima agak tinggi berbanding dengan bayaran untuk perkhidmatan banner iklan pada blog.

Selalunya, ia bertujuan untuk menyebarkan informasi lengkap sesuatu produk atau perkhidmatan untuk menguasai keputusan (result) pada enjin carian (search engine).

Yang menariknya,

Ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Dimana blogger akan mendapat trafik dari search engine dan juga “token” dari pihak pengiklan.

Begitu juga dengan pihak pengiklan bila berjaya meletakan lebih kandungan tentang produk atau perkhidmatan mereka pada search engine seperti Google, Yahoo, MSN etc.

Kalau ikutkan, nampak macam win-win situation.

Tapi sejauh mana win-win situation juga, ada pihak tak sanggup nak keluarkan “token” dan ada pihak yang rasa tak berbaloi mempromosikan sesuatu diblog dia tanpa ada sebarang “token”.

Advertorial – an extended newspaper or magazine text advertisement that promotes the advertiser’s product or services or special point of view but resembles an editorial in style and layout.

Swiss Garden Beach Resort Kuantan

Nilai Sesebuah Advertorial Pada Blog

Kalau ikutkan, banyak pihak suka menghabiskan duit berpuluh ribu mahupun beratus ribu semata-mata untuk memasuki slot advertorial dalam surat/khabar atau videotorial dalam TV atau Youtube.

Tetapi sejauh mana keberkesanan iklan anda dengan jumlah yang anda laburkan.

Mungkin anda nampak kesan pada sale anda bertambah dan memberi impak besar kepada produk dan perkhidmatan anda. Tetapi sejauh mana ianya mampu bertahan?

Surat Khabar/Majalah hanya dicetak sekali. Kemudian……

Anda sendiri boleh fikirkan sendiri apa yang terjadi pada Surat Khabar/Majalah tersebut.

Begitu juga jika anda mengiklan di TV.

Bukan setiap masa orang menonton iklan di TV kecuali waktu prime (Prime Time). Bro sendiri pun kadangkala, tukar channel lain waktu iklan. Korang pun sama bukan?

Blogger Masuk Astro Awani
Muka Bro masuk Astro Awani lagi sewaktu buat liputan sebagai blogger.

Berkenaan dengan iklan di Youtube.

Berapa banyak yang anda sanggup spend untuk iklan di Youtube? Lagi-lagi iklan yang yang 5 saat, dah boleh di skip untuk orang lain tengok kandungan pada Youtube.

Iklan 5 saat tak mampu nak bagi impak pada penonton Youtube. Kecuali kalau iklan tersebut menarik dan menjadi viral/bualan orang ramai.

Jika sedemikian, anda tak perlu kot mengiklan di Youtube. Just upload video iklan anda pada youtube atau facebook. Sure ramai yang akan iklankan. Zero Cost disitu.

Tetapi…..

Berapa banyak anda perlu spend untuk hasilkan video iklan yang mampu menjadi viral/bualan orang ramai?

Dell Inspiron 20 3000 All-in-One Desktop

Bagamana pula iklan advertorial di Blog.

Selagi blog tersebut bertapak dialam maya, selagi itu kandungan iklan advertorial anda masih wujud dalam dunia maya.

Kalau ikutkan (cerita luar negara punya), banyak company-company besar sanggup spend duit banyak pada mana-mana blog/portal yang mampu meletakan kandungan “produk & perkhidmatan” mereka di muka hadapan keputusan pada enjin carian Google/Yahoo etc.

Tak semua blog/portal mampu berbuat sedemikian walaupun blog/portal mempunyai banyak pembaca dan trafik setiap hari.

Memang tak dinafikan, trafik juga penting pada blog/portal untuk mensasarkan iklan kepada pembacanya.

Untuk itu,

Banyak perkara perlu dititik beratkan oleh pemilik blog/portal untuk memastikan kandungan yang mereka paparkan berkualiti dan mampu menguasai enjin carian. Dalam masa yang sama dapat menarik trafik/pembaca untuk datang ke blog/portal.

Untuk itu, mereka mengambil masa yang lama untuk memantapkan blog/portal dan juga branding mereka supaya dikenali.

Dan semua itu bukannya dalam sekelip mata atau tidak melibatkan duit.

Yang menariknya, dengan duit yang anda laburkan pada sesuatu kandungan blog/portal tersebut mampu memastikan kandungan yang anda iklankan wujud selamanya (selagi blog/portal tidak ditutup) pada keputusan enjin carian.

****

Case Study : Pernah ada pihak mengiklan secara advertorial di blog milik Bro pada tahun 2008. Blog itu masih wujud walaupun last dikemaskini pada tahun 2009.

Hingga kini masih ramai yang hubungi Bro untuk dapatkan produk tersebut. Sedangkan company yang mengiklan itu sudah tiada.

Dengar cerita, fokus pada produk lain. Kerana produk lama, mereka tak sempat nak daftar IP. Then orang tiru dan keluarkan pada harga yang lagi murah dan kurang berkualiti.

****

Anda boleh baca artikle tentang Advertorial dan Iklan di blog Bro. Terdapat perbezaaan pada gaya penulisan dan penyampaian dalam artikle Advertorial berbanding dengan artikle iklan.

General Manager Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim Blogger di HQ Shaklee

Berapa Harga Advertorial Di Blog BroFramestone

Buat masa kini, harga advertorial di blog Bro Framestone masih boleh tawar menawar. Bukan Bro tak demand, tetapi tak ramai yang sanggup spend duit untuk mengiklan di blog ini.

Bagi mereka, dari mengiklan di blog ini. Baik mengiklan di blog lain yang meletakan harga lagi murah dari apa yang Bro tawarkan.

Tak apa, itu hak anda.

Sebab itu ada blog yang baru wujud 2-3 bulan. Dan ada yang nak mengiklan untuk advertorial kerana harganya jauh lebih rendah dari blog bro.

Tapi….

Kebanyakan yang bro jumpa. Blog itu lepas 2-3 tahun tak wujud dah. Kadangkala ada yang tak sampai setahun.

Nampak tak perbezaan harga pada blog yang wujud sebab nak buat duit dengan blog yang dah lama wujud dan mampu bertahan hingga kini.

*****

Trivia : Bro sudah berblog sejak tahun 2006. Blog Bro Framestone telah wujud sejak tahun 2009 hingga kini.

Banyak syarikat besar pernah mengiklan dengan blog ini. Dan ini bukannya satu-satunya blog yang Bro ada.

Pernah mendapat pendapatan dari pihak yang mengiklan pada harga 5 angka. Dan pernah juga ditawarkan pada harga serendah RM20 (tetapi terpaksa tolak atas sebab pengiklan memperlekehkan blogger seperti Bro).

*****

Blogilvy Blogger Gathering

Bila dengan boleh “buat duit dengan blog”, makin banyak blog tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Ada yang tumbuh memang mantap dan mempunyai pengaruh mereka sendiri. Tak mustahil mereka letak harga iklan sehingga 4 angka walaupun berusia hanya beberapa bulan.

Perkara ini, buatkan sesetengah syarikat pengiklan terus “tangkap” blogger ini untuk memastikan mana-mana pihak yang ingin mengiklan di blog tersebut kena melalui mereka.

Anda boleh baca kisah ini di Luahan Hati Seorang Blogger – Part 43.

Bicara Bro : Harap perkongsian yang Bro buat ini mampu memberi impak kepada rakan-rakan blogger dan juga pihak yang ingin mengiklan di blog.

Bro Framestone @ Syukri Mohammad Nor.

Mempunyai pengalaman sebagai social media executive selama 5 tahun dengan salah satu syarikat pengiklan di Malaysia, dan kini bergerak sendiri untuk menyara kehidupan bersama anak dan isteri dari rumah.

Sekiranya berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya, boleh hubungi saya di alamat email – broframestone@gmail.com atau melalui facebook – https://www.facebook.com/framestone

*** Iklan Khidmat Masyarakat by Bro Framestone ***

Kempen Taja Shopping Raya 2015

Sempena hari raya yang bakal tiba, Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia (Projek Iqra’) sedang menjalankan Kempen Taja Shopping Raya 2015 bagi mengutip sumbangan dari orang ramai.

Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra’.

Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Untuk info lanjut, anda boleh layari facebook Projek Iqra’ dan juga Laman Web Projek Iqra – http://bitly.com/shoppingraya2015

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 44 : Nilai Iklan Advertorial Pada Sesebuah Blog

    1. Setuju. Tapi ada je syarikat yang bila dengar harga terus senyap.

      Ada juga yang kedekut untuk berbelanja tapi nak servis dari kita beria² minta bagai nak rak.

      Macam²….

  1. Uih Bro 2009, makna kata saya otai lagi, 2008 ..haha :P
    Yes setuju dengan En Titan, kena demand, dan gaya penulisan untuk advertorial, iklan, blogpost semestinya lain bergantung pada isi kandungan.

    Kekuatan blog itu penting, jangan tengok pada followernya.. Tengok pada cara penyampaian blogger tu rank iklan yang diiklankan tu dengan baik :)

    Hari ni buat blog, esok viral, terus nak iklankan, minggu kedua lesap.. Padan muka

    1. Otai? amik la… bukan leh buat apa2 pun gelaran tue…

      Bro berblog since 2008. Then create blog ini pada tahun 2009. Xde otai apa pun… Tapi part blog viral itu memang ada kebenarannya. Dan selalunya tak bertahan lama.

  2. Sesiapa yg memahami keistimewaan blog dlm menyampaikan mesej pasti akan menghargainya. Penyampai blog lebih personal, lebih jelas berbanding media2 lain.. tu pun antara sebab terpanggil berkecimpung dlm dunia blog. Bnyk lagi yg perlu dipelajari ni huhu…

  3. Tahniah Bro… Di atas usaha bro memperjuangkan nasib blogger.. Saya rasa dah sampai masanya bro buat persatuan blogger macam Persatuan Usahawan Internet… Supaya kita ada tempat untuk memperjuangkan nasib blogger..

  4. Assalammualaikum… bro,

    nilai adventorial nie… tak tetapkan? .. bergantung kepada traffik atau populariti.. mana satu bro yang diutamakan…

    mselim3

  5. Blogger pun ada harga diri dan perlu tetapkan mengikut di mana kedudukan blog kita sekarang ini bila carian google tentang sesuatu produk yang kita reviewkan.

  6. Terima kasih kerana sudi kongsikan pengalaman. Dari artikel ini saya sedikit sebanyak dapat mempelajari kepentingan dalam menceburkan diri dalam penulisan blog. Semoga saudara dapat terus berkongsi pengalaman-pengalaman yang berguna dengan pembaca.

  7. Teringin nak jadi full time blogger tapi masih belum mampu nak dapatkan duit. Insyallah saya akan terus berusaha. Majulah blogger utk negara.

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *