You are here
Home > Jalan Cari Makan > 6 Set Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub

6 Set Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub

Istimewa Ramadhan di Me'nate Steak Hub
Me’nate Steak Hub menyediakan 6 set hidangan berbuka puasa untuk anda nikmati sepanjang bulan ramadhan ini.

Sesuai bagi anda yang ingin mencari kelainan pada juadah berbuka puasa anda, tidak lupa juga kepada peminat steak/lamb yang setia menanti hidangan yang berbaloi untuk dinikmati.

Mungkin anda pernah dengar nama Me’nate Steak Hub yang pernah menyajikan steak berharga RM9388.50 yang pernah menjadi viral baru-baru ini.

Anda boleh baca kisahnya di blog Oh Media!

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Lamb Shank + Lamb Ribs + Lamb Rack/Loin + Lamb Syabu

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Angus + Beef Ribs + Lamb Ribs/Ranghost

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Demonstrasi dari pemilik Me’nate Steak Hub, En.Mustaffa Othman cara-cara nak meleraikan daging dari tulangnya.

He..23x Gurau aja.

Beliau tengah tunjukan cara memotong daging untuk memudahkan kami menikmatinya. Nak potong, kena ada skillnya.

Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub

Hidangan Istimewa Ramadhan di Me'nate Steak Hub

Harga bagi setiap set Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub ini bermula dari RM75 hingga RM350.

Mungkin ada diantara anda yang terkejut dengan harga yang ditawarkan. Harganya pasti berbaloi bagi mereka yang tahu tentang kualiti daging tersebut.

Dalam masa yang sama anda dapat merasai sendiri daging berkualiti yang diimport dari luar negara dan kesemua daging di Me’nate Steak Hub ini adalah HALAL.

Untuk Me’nate Ramadhan Hidangan Istimewa Ramadhan ini, anda boleh memilih set mengikut citarasa masing- masing. (Minimum untuk 2 orang tempahan)

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Set A – RM75/seorang – Angus + Beef Ribs + Lamb ribs/Ranghost + Pasta Olio Aglio + Mix salad

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Set B – RM75/seorang – Lamb Shank + Lamb ribs + Lamb Rack/Loin + Lamb Syabu + Pasta Olio Aglio + Mix salad

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Set C – RM100/seorang – Salmon + Mussel + King Prawn + Scallop / Crab Meat + Pasta Olio Aglio + Mix salad

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Set D – RM150/seorang – Wagyu Beef + Wagyu Beef Ribs + Pasta Olio Aglio + Mix salad

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub

Heavenly Lamb – RM300 ( Untuk 4-6 orang )

  • Briyani Rice
  • Lamb Shoulder
  • Mix Salad
  • Fruits ( mix )
  • Kurma

Nampak keterujaan puan isteri.

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub

Heavenly Beef – RM350 ( Untuk 4-6 orang )

  • Briyani Rice
  • Crackling Roast Beef
  • Mix Salad
  • Soup of the Day
  • Fruits ( mix )
  • Kurma

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub

Keratan rentasnya.

Terasa kenikmatan dagingnya yang berjus. Memang enak dimakan tanpa sebarang sos (kiranya dimakan begitu sahaja).

Wagyu - Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub

Wagyu – Rezeki dapat rasa bahagian paling mahal sekali.

Dapat rasa sikit pun cukup la. Kalau termakan 300-500 gram risau tak termampu nak bayar.

Harga mentah, dalam RM800 – RM1,000 untuk 100 gram.

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub
Dagingnya tidak liat dan tidak melekat pada tulang, memudahkan anda menikmatinya.

Tapi part ini, memang merupakan part paling Bro gemari. Memang sedap, hingga kini masih terasa lagi kenikmatannya didalam mulut

Hidangan Istimewa Ramadan - Me'nate Steak Hub

Gambar pemilik En.Mustaffa Othman dan orang kuat Me’nate Steak Hub yang terdiri daripada anaknya sendiri

Jika anda ingin menikmati steak/lamb terbaik, anda boleh datang sendiri ke mana-mana satu cawangan Me’nate Steak Hub yang dinyatakan dibawah.

Me’nate Steak Hub – Setapak Branch (HQ)
C-01 & C-01-03,
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4131 8121
Fax: 03-4131 1611

Me’nate Steak Hub – Ampang Jaya Branch
No.16,Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
Tel/Fax: 03-4251 3460

Me’nate Steak Hub – WangsaMaju Branch
25,Jalan Delima 12,
Wangsa Link, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Facebook Me’nate Steak Hub | Instagram Me’nate Steak Hub

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “6 Set Hidangan Istimewa Ramadhan di Me’nate Steak Hub

  1. Ada tak agaknya food blogger yang nak belanja saya berbuka puasa dekat sini yer… kalau ada Alhamdulillah. … satu penantian yang penuh bermakna. .. hehehe…

Leave a Reply

Top